Keahlian 7 wakil rakyat Bersatu terlucut serta-merta

Keahlian 7 wakil rakyat Bersatu terlucut serta-merta

Keahlian enam Ahli Parlimen dan seorang Adun Bersatu terhenti serta-merta selepas gagal menjawab surat arahan khusus Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) untuk mengesahkan kesetiaan mereka.

Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris, yang mengesahkan perkara itu berkata, keahlian mereka terhenti berkuat kuasa 31 Mei, tarikh akhir untuk menandatangani surat tersebut.



“Apabila mereka tak jawab surat itu, tak balas surat arahan parti itu, memang terhenti keahlian. Itu sahaja,” katanya.

Semalam dilaporkan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengesahkan seramai 25 Ahli Parlimen dan 58 Adun Bersatu menandatangani surat arahan khusus MPT seperti yang dikehendaki dalam tempoh 14 hari.

Arahan khusus tersebut dikeluarkan susulan tindakan enam Ahli Parlimen menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan seorang Adun Selangor menyokong Menteri Besar Amirudin Shari.

Muhyiddin semalam mengingatkan wakil rakyat parti itu bahawa keahlian mereka akan disifatkan terhenti sekiranya gagal mematuhi arahan MPT. FMT



Keahlian 7 wakil rakyat Bersatu terlucut serta-merta

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz selebriti didakwa kuat ‘merapu’ bila berdakwah?



Kedai makan balas komen pelanggan dengan biadap

BCL bikin hal lagi dalam kelab malam



Buat ‘projek’ dalam kawasan masjid (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker