Malaysia gagal ‘libas’ Thailand

Malaysia gagal ‘libas’ Thailand

Tiada kata-kata yang mampu disuarakan pengendali skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun selain ucapan maaf selepas gagal menunaikan impian menjuarai acara regu berpasukan pada final kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 hari ini.

Ahmad Jais berkata, skuad Thailand masih lengkap daripada segenap aspek berbanding pasukan bimbingannya pada pertembungan yang menyaksikan Malaysia terus kempunan menamatkan kemarau 33 tahun bergelar juara acara berpasukan.



Kali terakhir Malaysia muncul juara acara berpasukan adalah pada Sukan SEA Manila 1991, sebelum terpaksa menunggu lama untuk memecahkan dominasi skuad Gajah Putih dalam sukan sepak takraw.

“Saya bagi pihak pasukan kebangsaan memohon maaf kepada semua peminat kerana gagal memecah dominasi Thailand. Secara peribadi kita lihat beberapa elemen dalam permainan khusus regu kedua dan ketiga.

“Itu antara penyebab kita gagal memberi saingan kepada pasukan Thailand. Kita kena sedar bahawa tiada jalan mudah untuk pemain kita capai prestasi terbaik,” katanya selepas perlawanan tamat.

Bagaimanapun, bekas tekong negara itu mahu keputusan kali ini tidak sama sekali mematahkan semangat negara untuk terus berjuang, sebaliknya menggunakan masa yang ada untuk membentuk kembali dan membaiki kekurangan yang ada bagi mengharungi kejohanan antarabangsa lain.



Malaysia akan menyertai satu lagi kejohanan besar, iaitu Piala Raja Thai, yang akan diadakan di Bangkok pada awal September depan.

Pada aksi final di di Stadium Titiwangsa malam ini, regu utama negara Farhan Adam (apit kiri), Mohammad Syahir Mohd Rosdi (tekong) dan Mohamad Azlan Alias (apit kanan) meraih mata pertama buat negara ke atas Thailand 9-15, 15-11, 15-13.

Bagaimanapun, Thailand menyamakan kedudukan 1-1 menewaskan regu kedua negara Amirul Zazwan Amir, Muhammad Haziq Hairul Nizam dan Muhammad Noraizat Mohd Nordin 15-8 dan 15-5 pada perlawanan kedua.

Thailand kemudian menoktahkan kemenangan untuk menjulang trofi Piala Dunia edisi keempat itu dengan kemenangan 15-12 dan 15-12. FMT



Malaysia gagal ‘libas’ Thailand

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga



‘Semua salah TMJ’ – Tunku Ismail selar Selangor FC

Hartawan kelahiran Malaysia CEO terima gaji tertinggi di Amerika



Isteri menjadi dosa jika lakukan 2 ibadah ini



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker