‘Semua salah TMJ’ – Tunku Ismail selar Selangor FC

‘Semua salah TMJ’ – Tunku Ismail selar Selangor FC

Dalam nada sinis, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata Selangor FC kini boleh menyalahkan dirinya atau satu lagi “konspirasi besar” susulan serangan terhadap pemain Red Giant itu.

Tunku Ismail, yang juga pemilik Johor Darul Takzim FC, mendakwa ini adalah satu-satunya cara untuk Selangor FC menutup “kegagalan” mereka dan bukan mengakui kegagalan sendiri.

“Confirm ni semua kerja TMJ dengan JDT. Mastermind dan tangan ghaib. Next apa pulak Dr (CEO Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon)?

“Cara terbaik nak tutup kegagalan selepas belanja RM47 juta duit kerajaan/rakyat setiap tahun mesti pandai buat cerita,” katanya dalam hantaran di media sosial.

Tunku Ismail turut mendakwa Selangor FC berpura-pura menjadi mangsa.

“Semua salah TMJ, FAM, MFL, dan PDRM. Diri sendiri tak pernah salah. False flag,” katanya dalam ruangan komen di hantaran akaun instagram Liga Bolasepak Malaysia mengenai kes seorang lagi pemain Selangor FC yang disamun malam tadi.

Awal hari ini, polis mengesahkan insiden pecah rumah di rumah pemain Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee semalam tiada kaitan dengan kes serangan membabitkan beberapa pemain bola sepak lain.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihak berkuasa menyimpulkan ia hanya kes pecah rumah dan menolak sebarang kaitan dengan serangan terhadap beberapa orang pemain baru-baru ini.

Dalam temu bual eksklusif dengan Malaysiakini, Johan meminta semua pihak berkepentingan dalam sukan bola sepak untuk menentang sebarang bentuk keganasan dalam sukan berkenaan.

Temu bual itu diadakan selepas pemain Selangor FC, Faisal Halim disimbah asid awal bulan ini, selain dia dan pegawai pasukan itu menerima ugutan menyebabkan Johan bimbang dengan keselamatan mereka.

Dua hari lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pelampau dan penghasut insiden keganasan baru-baru ini.

Dalam ucapan khas yang disiarkan di seluruh negara, perdana menteri berkata terdapat percubaan untuk mengganggu keamanan negara dan ekonomi yang berkembang pesat. Mk

‘Semua salah TMJ’ – Tunku Ismail selar Selangor FC

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis

Arab Saudi makin gila, anjur fesyen pakaian renang

Saya bodoh, Mahathir pilih Ku Li – Musa Hitam

Sebab kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram diasingkan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker