Buaya cuba serang kanak-kanak di Pulau Gaya ditangkap

Buaya cuba serang kanak-kanak di Pulau Gaya ditangkap

KOTA KINABALU – Seekor buaya seberat kira-kira 200 kilogram berjaya ditangkap penduduk Pulau Gaya selepas reptilia itu cuba menyerang seorang kanak-kanak di perairan Kampung Lok Baru petang semalam.

Dalam kejadian sekitar pukul 4 petang itu, buaya berukuran lebih tiga meter berkenaan ditangkap menggunakan kaedah jerut.



Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Kinabalu, Leftenen (PA) Ezra Daniel Gandui berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kes buaya di kampung berkenaan sebelum lapan anggota termasuk tiga pegawai digerakkan ke lokasi kejadian dadi Menara Penyelamat Pantai (MPP) Tanjung Aru ke Kampung Lok Baru, Pulau Gaya.

“Sebaik tiba di lokasi dimaklumkan, kita mendapati terdapat seekor buaya tembaga berjaya ditangkap oleh penduduk kampung menggunakan kaedah jerut.

“Buaya sepanjang lebih tiga meter dan berat hampir 200 kilogram diikat oleh anggota APM sebelum dibawa ke MPP Tanjung Aru menggunakan bot,” katanya.

Ezra berkata, kehadiran buaya itu disedari oleh seorang kanak-kanak yang sedang mandi laut di Kampung Lok Baru.



Menurutnya, buaya terbabit dikatakan cuba menyerang kanak-kanak berkenaan, namun sempat menyelamatkan diri dengan naik ke darat dan memaklumkan kepada penduduk kampung.

“Hampir sejam penduduk kampung mencari dan akhirnya buaya itu berjaya ditangkap sebelum diserahkan kepada APM,” katanya.

Menurutnya, buaya itu tiba di MPP Tanjung Aru, kira-kira jam 7.05 malam sebelum diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah. K Online

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis

Arab Saudi makin gila, anjur fesyen pakaian renang



Saya bodoh, Mahathir pilih Ku Li – Musa Hitam

Sebab kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram diasingkan.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker