Kulitnya seperti terbakar ketika diseret

Siti Nurul Masyitah dilanggar pemandu mabuk.

Kulitnya seperti terbakar ketika diseret

Iskandar Puteri: “Uda beritahu kulitnya rasa seperti terbakar ketika diseret jauh,” kata ibu kepada atlet kayak kebangsaan, Siti Nurul Masyitah Elias, 22, yang parah selepas motosikal ditunggangnya dirempuh dan diseret sejauh 100 meter di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) di sini, Sabtu lalu.

Saloma Ramli, 58, berkata dia masih terkilan dan sedih dengan kejadian menimpa anak kelima daripada lapan beradik itu yang lebih mesra dengan gelaran Uda.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika Siti Nurul Masyitah yang juga penuntut Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dalam perjalanan dari Pontian ke pusat latihan kayak di Bakar Batu di bandaraya Johor Bahru.

Katanya, keluarganya hanya mengetahui kejadian menimpa anaknya selepas dimaklum oleh anak lelakinya yang tinggal di Selangor.

“Perasaan saya bercampur baur ditambah pula ada yang menyebarkan maklumat palsu Uda sudah tiada.

“Pada awalnya Uda dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), namun atas permintaan keluarga yang tinggal di Parit Rambai, Pontian, dia dipindahkan ke Hospital Columbia Asia di Iskandar Puteri,” katanya.

Saloma berkata, selepas kejadiannya anaknya tidak sedarkan diri, namun sebaik sedar dia dapat menceritakan kejadian dan memberitahu kejadian berlaku sekelip mata dan berasa kulitnya seperti terbakar apabila diseret.

Katanya, anaknya sudah menjalani dua pembedahan serentak termasuk di bahagian bahu kanan dan tulang pelvis yang mengambil masa hampir enam jam semalam.

“Uda mungkin perlu menjalani pembedahan lain di bahu kiri dan pinggang namun setakat ini masih belum ditetapkan tarikh.

“Dia juga perlu menjalani pembedahan plastik di bahagian tertentu kerana doktor menyatakan tidak dapat ambil kulit dari anggota tubuh yang lain.

“Uda seorang yang berani dan kental serta seorang anak yang baik, sejak seminggu lalu, dia sanggup pulang ke rumah selepas tamat kelas dan latihan bagi menjaga saya yang patah tulang belakang selepas terbabit kemalangan pada pertengahan April lalu,” katanya.

Saloma berkata, keluarganya berharap pihak berkuasa mengambil tindakan sesuai terhadap individu yang bersalah.

“Saya berharap individu yang mengakibatkan kejadian dibawa ke muka keadilan supaya ia menjadi pengajaran,” katanya.

Sementara itu, abang Siti Nurul Masyitah, Muhammad Syafiq Md Elias, 29, berkata keluarganya hanya mampu mendoakan kesembuhan adik perempuannya itu kerana doktor menjangkakan kecederaan dialami akan mengambil masa agak lama untuk sembuh.

Menurutnya, malah pihaknya juga mendoakan supaya Siti Nurul Masyitah dapat kembali beraksi dalam sukan kayak serta mengharumkan nama negara.

“Dia meminati sukan ini sejak tingkatkan dua dan dia rajin berlatih supaya dapat mempersiapkan diri bagi menyertai kejohanan.

“Kejadian berkenaan tentunya mengganggu pembabitan adik dalam sukan kayak pada masa depan.

“Namun kami bersyukur kerana Uda amat positif,” katanya. HM

Kulitnya seperti terbakar ketika diseret

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kid dan Din tipu, Denden terperangkap – Amy

Netizen kecam Ning Baizura tak kenal Rafah

Punca Aliff curang kerana kesan selalu dibuli di sekolah – Aisyah Aziz

Geng bertopeng bagi ikan Siakap percuma (Video)

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker