Cuaca panas melampau di Asia berpunca akibat perubahan iklim

Cuaca panas melampau di Asia berpunca akibat perubahan iklim

Suhu melampau di seluruh Asia bulan lalu menjadi lebih teruk berbanding biasa, berkemungkinan besar akibat perubahan iklim didorong perbuatan manusia, kata sepasukan saintis antarabangsa hari ini.

Berbilion penduduk seluruh benua Asia terjejas oleh suhu yang memecah rekod sepanjang April, dengan sekolah terpaksa ditutup, tanaman rosak dan ratusan orang terbunuh akibat penyakit berkaitan haba, kata pakar iklim Kumpulan Kesan Cuaca Sedunia dalam satu laporan.



Myanmar, Laos dan Vietnam mengalami hari paling panas dalam rekod pada April, manakala suhu di India mencecah setinggi 46 darjah Celsius, menurut laporan mereka.

“Dari Gaza ke Delhi ke Manila, orang menderita dan mati apabila suhu April meningkat di Asia,” kata Friederike Otto, Pensyarah Kanan Sains Iklim di Institut Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Grantham, salah seorang pengarang laporan itu.

Katanya, gelombang haba sentiasa berlaku tetapi haba tambahan, didorong oleh pelepasan industri minyak, gas dan arang batu, mengakibatkan kematian bagi ramai orang.

Di Filipina, salah satu negara yang paling teruk dilanda bahang panas, pihak berkuasa mengeluarkan amaran kesihatan, menutup sekolah dan catuan bekalan elektrik kerana suhu yang meningkat mengancam grid kuasa negara itu.



Gelombang haba selama 15 hari, yang bermula pada pertengahan bulan, ‘hampir mustahil diharungi’ berikutan fenomena cuaca El Nino, tanpa diburukkan lagi oleh kesan pemanasan global akibat perbuatan manusia, kata laporan itu.

Sebahagian wilayah di Asia Barat menyaksikan suhu yang memecahkan rekod sepanjang 24 hingga 26 April, dengan Tel Aviv mencecah 40.7 darjah Celsius.

Suhu melampau di Asia Barat kali ini lima kali ganda lebih berkemungkinan berpunca akibat perubahan iklim, unjur laporan itu.

“Panas yang kami lihat benar-benar menambah krisis yang sudah teruk pada masa ini di Gaza,” kata Carolina Pereira Marghidan dari Pusat Iklim Bulan Sabit Merah pada satu taklimat semalam.



Suhu di sekitar Kolkata India pada akhir April mencecah 46 darjah Celsius, 10 darjah Celsius lebih tinggi daripada suhu purata bermusim.

Sehubungan itu, perubahan iklim menjadikan kemungkinan peningkatan suhu melampau di seluruh Asia Selatan meningkat sehingga 45 kali ganda, tambah laporan itu.

Kerajaan di Asia perlu mengambil tindakan untuk menyesuaikan diri dengan suhu yang meningkat dan mengurangkan risiko kesihatan, terutama di bahagian di mana penduduknya terdedah kepada ancaman cuaca, kata Marghidan.

“Memandangkan kadar haba melampau meningkat… kami melihat keperluan besar untuk pelan tindakan haba dipertingkatkan dan rancangan semasa untuk ditambah baik di seluruh Asia,” katanya. BH



Cuaca panas melampau di Asia berpunca akibat perubahan iklim

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kid dan Din tipu, Denden terperangkap – Amy



Netizen kecam Ning Baizura tak kenal Rafah

Punca Aliff curang kerana kesan selalu dibuli di sekolah – Aisyah Aziz



Geng bertopeng bagi ikan Siakap percuma (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker