ADUN Mata Ayer ditidurkan

ADUN Mata Ayer ditidurkan

KANGAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer, Wan Badariah Wan Saad dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar sejak semalam selepas didapati mengalami masalah kesihatan akibat komplikasi daripada sakit tiroid yang dihidapinya.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, Exco Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Pemerkasaan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Perlis berusia 48 tahun itu bagaimanapun berada dalam keadaan stabil di bawah pemantauan doktor hospital berkenaan.



“Saya difahamkan beliau kini stabil sejak dirawat di HTF bermula semalam dan keadaannya kini masih dipantau oleh doktor.

“Beliau pun ditidurkan sejak semalam selepas masalah tiroidnya mula memberi kesan kepada jantung dan paru-paru juga didapati berair,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita di pejabatnya selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Negeri di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, di sini hari ini.

Katanya, buat masa ini, kesihatan Wan Badariah adalah keutamaan dan pihaknya mengesyorkan agar ADUN itu bercuti buat sementara waktu.



“Buat masa ini juga, kita belum mengambil keputusan untuk melantik sesiapa dalam kalangan Exco untuk memangku tugasan beliau.

“Sama-samalah kita berdoa agar kesihatan YB Wan Badariah pulih kembali,” katanya. BH

ADUN Mata Ayer ditidurkan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kid dan Din tipu, Denden terperangkap – Amy

Netizen kecam Ning Baizura tak kenal Rafah



Punca Aliff curang kerana kesan selalu dibuli di sekolah – Aisyah Aziz

Geng bertopeng bagi ikan Siakap percuma (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker