Amy keterlaluan – Din Search
Amy keterlaluan – Din Search
“Saya akan jelaskan segala-galanya selepas Konsert Search Gemuruh di Zepp Kuala Lumpur pada 29 Jun depan.”
Itu janji pemain gitar Search, Din berhubung isu membabitkan pembayaran royalti penjualan album Rockology Search: Kid’Din Collection seperti yang dibangkitkan vokalis kumpulan rock legenda itu, Datuk Amy Search, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Din atau nama sebenarnya, Nordin Mohd Taib, 61, menyifatkan perbuatan Amy sebagai keterlaluan.
“Itu semua tidak betul. Mereka sudah lebih dan melampau. Jadi, atas nasihat peguam, kami akan buat sidang media.
“Saya akan jelaskan segala perkara yang mereka ungkit. Saya juga akan tunjukkan bukti perkara yang ada kaitan dengan isu yang dibangkitkan,” katanya kepada BH Online.
Terdahulu, album Rockology Search: Kid’Din Collection Series hanya dikeluarkan sebanyak 500 unit dan mula dijual secara dalam talian sejak November 2021 dengan harga RM299.
Ia mengandungi antaranya cakera padar (CD) berkembar mengandungi 22 lagu Search yang dipilih sendiri oleh Din dan Kid.
Terdahulu, Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman meluahkan rasa kecewa dengan sikap Din dan adiknya, Kid yang didakwa ‘membisu’ soal pengagihan royalti yang difahamkan sudah diterima.
Dakwa Amy, tindakan dua-beradik itu seperti merompak hasil titik peluh mereka apabila pembikinan album dibuat tanpa sebarang perbincangan membabitkan dirinya dan Nasir.
Amy turut mendakwa perbuatan dua beradik itu seolah-olah seperti kacang lupakan kulit kerana mudah melupakan jasa rakan seperjuangan yang banyak membantu ketika dalam kesempitan. BH
Amy keterlaluan – Din Search
Baca Artikel Menarik:
- Aliff menangis Sarah minta putus hubungan
- Ruhainies mahu bersemuka dengan Bella, Sarah
- Bertengkar sampai langgar kereta jiran
- Tak sampai 2 tahun, kerajaan PN Perlis dah terpalit siasatan SPRM
- PRK Kuala Kubu Bharu: Calon Melayu vs Calon Cina, yang mana pilihan pengundi?
- Norjuma didakwa tendang, cakar dan tampar tiga individu
- Tanah keluarga pelakon dipindah milik PTG Selangor tanpa pengetahuan
- Tertekan hon punca kekecohan ketika upacara pengebumian Komander Muhammad Firdaus (Video)
- Aliff Aziz mati kutu nak bayar ansuran kereta
- Aliff dan Ruhainies sanggup berkomplot jatuhkan Bella
- Emma Maembong tersilap langkah ‘voice note’ Ruhainies isu Bella Astillah
- Ruhainies jangan kaitkan nama saya – Chacha Maembong
- Bruce Gilley ‘cabut’ balik, dakwa Malaysia tak selamat
- Akmal bidas Adun Bersatu, Aleef Yusof
- Akaun fleksibel KWSP boleh keluar bila-bila masa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penangan Leona nyanyi pelat, lagu Ketipak Ketipung Raya makin tular
Melampau, siasat individu hina mangsa nahas helikopter bertembung
Vlogger China digelar bodoh oleh kakitangan syarikat penerbangan tempatan