Ee Wei lega kecederaan tidak jejas prestasi

Ee Wei lega kecederaan tidak jejas prestasi

Ee Wei lega kecederaan tidak jejas prestasi
EE WEI gembira kecederaan tak serius. -FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Pemain beregu campuran negara, Toh Ee Wei menarik nafas lega berikutan kecederaan yang dialami baru-baru ini tidak akan menjejaskan prestasinya.

Hal ini kerana, Ee Wei berkata, kecederaan dialami akibat terkena serpihan kaca membabitkan tangan kirinya bukannya tangan kanan yang digunakan untuk beraksi.

Katanya, kecederaan itu tidak mengganggu emosinya dan kini pulang ke kampung halamannya untuk berehat sehingga pulih.



“Saya masih boleh menganggap diri saya bernasib baik kerana kaca itu tidak mengenai kepala saya atau tangan untuk bermain, jika tidak ia boleh jadi cerita yang lain. Walau bagaimanapun, saya masih mengalami koyak otot belakang tahap dua.

“Saya kemudiannya dikejarkan ke hospital oleh salah seorang ahli fisioterapi di ABM selepas diberitahu kami perlu menunggu lebih lama untuk ambulans,” katanya.


Terdahulu, pemain berusia 24 tahun itu memerlukan 16 jahitan berikutan kecederaan dialami akibat terkena serpihan kaca selepas dia tergelincir ketika memegang dumbel.

Berikutan itu, Ee Wei bersama pasangannya Chen Tang Jie terpaksa berehat panjang daripada menyertai sebarang kejohanan.

Mereka kemungkinan besar terlepas aksi Terbuka Artic di Finland dari 8-13 Oktober selepas kemalangan tak diduga di gimnasium Akademi Badminton Malaysia (ABM) itu.

Ee Wei lega kecederaan tidak jejas prestasi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :





Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker