Sabar adalah kunci kejayaan
Sabar adalah kunci kejayaan
Kuala Lumpur: Pemain beregu remaja nombor satu dunia, Aaron Tai-Kang Khai Xing tidak mahu terlalu tergesa-gesa untuk mencipta kejayaan apabila beraksi di Kejohanan Remaja Dunia di Nanchang, China dari 30 September hingga 13 Oktober ini.
Khai Xing berkata, beraksi di kejohanan terkini memerlukan kesabaran yang tinggi memandangkan rata-rata lawan cukup hebat sekali gus cukup sukar untuk mencipta kejayaan jika terlalu tergopoh gapah.
Pemain berasal dari Kota Bharu itu berkata, ketika ini dia bersama pasangannya dalam usaha memperbaiki corak permainan supaya tampil lebih meyakinkan kelak.
“Kita mempunyai sasaran sendiri untuk cuba dapat sasaran peribadi. Kekuatan kami adalah persefahaman ketika berada dalam gelanggang.
“Sudah pastinya mengimpikan kejayaan lebih baik di kejohanan dunia. Namun, kita perlu mengharungi satu persatu perlawanan,” katanya.
Untuk rekod Aaron-Khai Xing meraih pingat perak dalam acara beregu di tangan wakil China, Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi ketika di Kejohanan Remaja Dunia Julai lalu serta gangsa dalam acara berpasukan campuran.
Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas acara beregu lelaki di Kejohanan Remaja Dunia adalah pada edisi 2011 menerusi Nelson Heg-Teo Ee Yi.
Manakala kali terakhir Malaysia membawa pulang pingat emas adalah pada 2018 menerusi Goh Jin Wei dalam acara perseorangan wanita
Sabar adalah kunci kejayaan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Terjawab Mengapa Ketua Pengarah J Kom Di Gugurkan
- PRK Mahkota: PN Berada Dalam Keadaan Terdesak
- PN tandus isu, cuba kait BN dengan komunisma
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Jangan Terlalu Yakin Di Mahkota