UMNO Jangan Terlalu Yakin Di Mahkota
Pilihan raya kecil DUN Mahkota sudah semakin hampir kepada kemuncaknya.
Pengundian awal telah dapat dilaksanakan dengan peratusan yang keluar mengundi adalah 95.45 peratus.
Proses pengundian awal berlangsung di tiga pusat mengundi:
- Dewan Mahkota di Kem Mahkota
- Dewan Pengaman Zamrud Taman Perumahan Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang
- Sekolah Kebangsaan Sultan Sir Ibrahim
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Perlis Haramkan GISBH, Apa Pula Fatwa Untuk SIS
- Tiada Sebab Untuk PN Marah Dengan Tindakan Tegas JAIM
- Tun Mahathir meroyan , tapi tiada siapa pun melayan.
Kerajaan Melaka Mesti Tegas Melakukan Pembersihan Di Institusi Agama Negeri
Parti UMNO/ Barisan Nasional sudah semestinya mengharapkan agar peratusan yang akan keluar mengundi pada hari Sabtu ini tinggi.
Sekiranya peratusan yang keluar mengundi pada 28 September ini tinggi, ia akan memberikan kelebihan kepada UMNO/ Barisan Nasional.
Di tambah dengan sokongan dari jentera Pakatan Harapan, maka tidak ada sebab mengapa UMNO/ Barisan Nasional boleh tewas.
Namun begitu, UMNO/ Barisan Nasional tidak boleh merasa terlalu yakin atau terlalu selesa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pencalonan Hamzah tercemar jika Bersatu tewas DUN Mahkota.
- Ahli GISBH Dalam Pelarian Di Seru Menyerah Diri
- Tengku Razaleigh: Tiada Sebab Dr Akmal Mesti Minta Maaf
Ada beberapa faktor yang boleh mempengaruhi keputusan pilihan raya kecil Mahkota yang memberikan kelebihan kepada Perikatan Nasional.
Sabotaj Dari Pemimpin UMNO Sendiri
Dari maklumat yang diterima, terdapat usaha dari beberapa pemimpin UMNO yang kini sedang disejuk beku untuk sabotaj calon UMNO/ Barisan Nasional.
Malah dikhabarkan, DUN Mahkota juga berada di dalam kawasan pengaruh pemimpin berkenaan.
Jentera UMNO mesti berhati-hati untuk menangani isu ini.
Sebenarnya, inilah masalah sebenar UMNO.
Bukan untuk menyatukan semula akar umbi, tetapi berusaha bersungguh-sungguh untuk memecahbelahkan UMNO.
Sanggup bersekongkol dengan pihak lawan untuk melemahkan, malah tidak keterlaluan jika dikatakan membunuh UMNO.
Semangat perjuangan serta semangat sayangkan parti diketepikan hanya kerana tidak berpuas hati.
Pengundi Cina Masih Berbelah Bagi
Laporan dari beberapa media yang mengatakan pengundi Cina kurang selesa dengan UMNO, tidak boleh dipandang ringan.
Pemimpin UMNO seharusnya berhati-hati ketika membuat kenyataan mengenai isu tersebut.
Kenyataan yang mengguris hati jentera DAP dan MCA boleh membawa padah kepada UMNO.
Bukan mengeruhkan lagi keadaan.
Kekuatan 35 peratus pengundi Cina di pilihan raya kecil Mahkota tidak boleh di pandang ringan.
Mereka boleh menjadi penentu kepada kemenangan calon dan parti.
Untuk terus kekal relevan, UMNO perlu melakukan rejuvinasi dengan bersungguh-sungguh.
Buangkan sikap angkuh, pemimpin UMNO mesti bersifat inklusif dan bukannya bersifat eksklusif kepada rakyat tanpa mengira bangsa.
Utamakan parti dan bukannya kepentingan diri.
UMNO tidak berhutang apa-apa dengan pemimpin UMNO, tetapi pemimpin UMNO yang berhutang dengan UMNO.
UMNO Jangan Terlalu Yakin Di Mahkota
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siapalah Yang Tergamak Buat Mahathir Marah
- DS Najib Hairan Kenapa Lembaga Pengarah SRC Tidak Pernah Dapatkan Pengesahan Beliau
- PAS parti sakit yang perlu rawatan segera.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
KPN: Tidak Benar Haiwan GISBH Yang Di Rampas Terabai [VIDEO]
Gelagat Peminat Malaysia Teruja Jumpa Siti Nurhaliza Di Arab Saudi [VIDEO]
Zaquan Adha Bengang Ibunya Sakit Dikaitkan Dengan Rita Rudaini
Fattah Amin Kongsikan Momen Manis Bersama Nur Fatima Aisya Sebelum Sebutan Perceraian