Iqbal tekad lakar impak bersama Hengxiang Cycling Team di LTdL
Iqbal tekad lakar impak bersama Hengxiang Cycling Team di LTdL
Langkawi: Pelumba muda negara, Muhammad Iqbal Daniel Mohd Nawawi, yang baru-baru ini mencipta sensasi dengan meraih dua pingat emas dan satu perak di Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak bersedia untuk mengharumkan nama pasukan baharunya dari China, Hengxiang Cycling Team di Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.
Iqbal Daniel yang juga juara kebangsaan bawah 23 tahun mengakui perasaannya sekarang ini bercampur-buar menjelang aksi pembuka tirai esok di Pulau Langkawi.
“Rasa gementar sebab ini kali pertama saya sertai jelajah besar dengan pasukan profesional. Saya bertekad untuk memberikan yang terbaik dan percaya pada kemampuan diri,” ujar pelumba berusia 20 tahun kelahiran Kemaman itu.
Ujar Iqbal Daniel yang dilatih oleh bekas pakar pecut negara, Anuar Manan dia baru sahaja beberapa hari bersama dengan pasukan berpangkalan di Shandong, China itu namun melihat kombinasi bersama skuad sangat positif.
“Pengurus dan rakan sepasukan memahami saya. Walaupun bahasa Inggeris saya biasa-biasa sahaja, mereka sangat menyokong,” katanya.
Di Sukma Sarawak, Iqbal meraih emas dalam acara lebuh raya individu dan berpasukan, serta memperoleh perak dalam acara kriterium.
Perlumbaan LTdL 2024 juga akan menyaksikan pertemuan semula Iqbal dengan Tsen Ren Bao yang menjadi pencabarnya di kejohanan kebangsaan dan Sukma Sarawak 2024.
“Dia kini berada di pasukan lain (skuad kebangsaan) kami perlu berlawan. Jika kami dalam pasukan sama, kami lebih memahami antara satu sama lain. Namun, kami mempunyai peranan berbeza, dia pendaki, saya pakar pecut dan ‘all rounder’. Di luar perlumbaan, kami tetap kawan, tetapi dalam perlumbaan, kami adalah lawan,” ujar Iqbal.
Iqbal tekad lakar impak bersama Hengxiang Cycling Team di LTdL
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Terjawab Mengapa Ketua Pengarah J Kom Di Gugurkan
- PRK Mahkota: PN Berada Dalam Keadaan Terdesak
- PN tandus isu, cuba kait BN dengan komunisma
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :