Gelagat Che Ta ‘Ceramah’ Aaisyah Kerana Sibuk Hal Orang Lain, Raih Perhatian! [VIDEO]

“Mummy, Betul Ke Diorang Nak Cerai?”

Gelagat Che Ta ‘Ceramah’ Aaisyah Kerana Sibuk Hal Orang Lain, Raih Perhatian! [VIDEO]

Gelagat Che Ta ‘Ceramah’ Aaisyah Kerana Sibuk Hal Orang Lain, Raih Perhatian! [VIDEO]

Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.

Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia.



Dan Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.

Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.

“Aiyoo Kecik Kecik Sibuk Nak Tanya Hal Rumah Tangga Orang, Jaga Dulu Rumah Tangga Mak Dengan Pak Hang Ni”-Kata Che Ta

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 45 ribu, tanda suka sebanyak 1,587 dan sebanyak 60 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Aaisyah yang menanyakan kepada Che Ta mengenai selebriti yang hangat mengenai isu ingin bercerai.



@rozitachewan1

Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa ternyata di rumah Che Ta mempunyai netizen kecil yang sering mengetahui isu semasa dunia selebriti.

Gelagat Che Ta ‘Ceramah’ Aaisyah Kerana Sibuk Hal Orang Lain, Raih Perhatian! [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



UMNO Jangan Terlalu Yakin Di Mahkota



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker