Adakah polis cuba memberitahu rakyat bahawa timbalan menteri berbohong mengenai isu pembelian berlian merah jambu?

Berlian merah jambu: kenyataan timbalan menteri, polis bercanggah, kata Pemuda Umno

Pemuda Umno hari ini tertanya adakah timbalan menteri kewangan menipu Dewan Rakyat berhubung pembelian berlian merah jambu, kerana kenyataan yang bercanggah dengan polis.

Pengarah Strategik Wan Agyl Wan Hassan menarik perhatian kepada kekeliruan yang timbul apabila polis berkata wujudnya bukti jejak wang yang didakwa menggunakan wang 1MDB dalam pembelian berlian itu.



Beliau berkata kenyataan itu mengelirukan memandangkan ia bercanggah dengan kenyataan Amiruddin Hamzah di Parlimen awal minggu ini.

“Beliau mengesahkan tiada sebarang rekod yang membuktikan pembelian berlian tersebut,” katanya dalam kenyataan.

“Adakah polis cuba memberitahu rakyat bahawa timbalan menteri berbohong mengenai isu pembelian berlian mereah jambu tersebut?”

Sebelum ini, polis berkata terdapat jejak kewangan transaksi pembelian berlian bernilai AS$23 juta itu daripada seorang peniaga barang kemas di New York dengan menggunakan wang syarikat 1MDB.



Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram, Bukit Aman, Azlan Chik berkata, bukti yang terkumpul jelas menunjukkan wujud transaksi pembelian itu walaupun berlian merah jambu tersebut tidak ditemui sewaktu serbuan polis ke atas premis yang dikaitkan dengan Najib Razak sebelum ini.

Penjelasan itu menyusuli penafian Rosmah tentang berlian tersebut.

Isu berlian merah jambu hangat kembali berikutan jawapan Amiruddin bahawa tidak berlaku pembelian berlian merah jambu yang dibawa masuk ke negara ini oleh ejen syarikat barang kemas untuk “isteri seorang VVIP”.

Wan Agyl hari ini berkata percanggahan kenyataan oleh agensi kerajaan ini bukan kali pertama berlaku sejak Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara pada Mei tahun lepas.



“Percanggahan kenyataan ini membuatkan rakyat hilang kepercayaan dan kurang yakin dengan kemampuan kerajaan,” katanya.

FMT

Guan Eng berbohong?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker