108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka

QSR Brands, pengendali rangkaian restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken berkata ia mengambil ‘langkah proaktif’ dengan menutup sementara cawangan untuk menguruskan kos perniagaan yang semakin meningkat.

QSR Brands berkata pekerja daripada cawangan terjejas ditawarkan peluang untuk berpindah ke cawangan yang lebih sibuk.

“Ia juga sebahagian daripada strategi taktikal untuk mengoptimumkan sumber,” katanya dalam kenyataan.

Ia tidak menyatakan bilangan cawangan KFC yang ditutup.

Awal hari ini, Nanyang Siang Pau melaporkan lebih 10% cawangan KFC menghentikan operasi, dengan sejumlah 108 kedai ditutup buat sementara waktu setakat 27 April, berdasarkan maklumat di Google Maps.

Peta memaparkan kedai yang kemas kini statusnya dengan “ditutup buat sementara waktu”.

Menurut akhbar harian Cina itu, terdapat sehingga 21 cawangan di Kelantan ditutup, bersamaan 80%; diikuti 15 cawangan di Johor.

Sementara itu, semakan oleh The Straits Times ke atas tiga cawangan di Kuala Lumpur iaitu di Jalan Ipoh, Jalan Sultan dan Taman Melawati mendapati terdapat papan tanda “ditutup buat sementara waktu”.

Penutupan itu menyusuli boikot selama berbulan-bulan selepas KFC dikaitkan dengan Israel, berlatarkan perang di Gaza.

QSR memaklumkan KFC menyediakan 18,000 pekerjaan dan kira-kira 85% pekerjanya beragama Islam.

“QSR Brands terus menjadi antara pembayar cukai terbesar di Malaysia dan berbangga kerana dapat menyumbang kepada masyarakat melalui KFC Add Hope dan Dana Zakat Wakalah,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penangan Leona nyanyi pelat, lagu Ketipak Ketipung Raya makin tular

Melampau, siasat individu hina mangsa nahas helikopter bertembung

Vlogger China digelar bodoh oleh kakitangan syarikat penerbangan tempatan

‘Kenapa Allah Tak Kahwinkan Kau’ (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker