Beri PN pula memerintah – Tuan Ibrahim

Beri PN pula memerintah – Tuan Ibrahim

Rakyat terutamanya pengundi yang layak menunaikan kewajipan mereka sebagai pemilih pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) perlu memberi peluang kepada Perikatan Nasional (PN) untuk memerintah.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, rakyat sudah merasai era pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang sudah berpuluh tahun sebelum ini selain corak pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada 2018.



“Hendak menang dalam pilihan raya bukan hanya calon wibawa tapi kita juga kemukakan alternatif yang meyakinkan rakyat dan pengundi. Muafakat politik yang dikehendaki oleh mereka.

“Kita rasa rakyat sudah rasa macam mana dalam pentadbiran BN yang berpuluh tahun dan rakyat juga dah rasa macam mana pemerintahan PH, yang rakyat belum rasai adalah PN. Jadi kita kemukakan ini sebagai satu pilihan terbaik untuk rakyat melihat pada masa depan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Dewan Muslimat Pas di Dewan Al-Hana, di sini yang turut dihadiri Ketua Dewan Muslimat Pas, Senator Nuridah Mohd. Salleh.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, tiada mana-mana pihak sama ada Pas atau UMNO yang membubarkan Muafakat Nasional (MN) sehingga hari ini, memandangkan platform itu diperlukan demi kepentingan bersama.



“MN mungkin tiada dalam konteks parti pilihan raya tapi dalam konteks yang membicarakan kepentingan bersama orang Islam, ia perlu. Kita terbuka tapi yang mendesak sebelah sana kerana jelas tak nak penyatuan ummah (adalah) UMNO berdasarkan beberapa kenyataan pemimpin mereka.

“Rakyat tahu gagasan kita (Pas) penyatuan ummah tapi yang isytihar nak bergerak solo, lawan Pas di Kelantan serta Terengganu adalah UMNO. Jadi saya fikir bukan pihak kami yang sepatutnya dijadikan bebanan tapi mereka,” katanya.

Justeru, beliau mengulangi pendirian sekiranya mereka terpaksa bertembung secara tiga penjuru bersama BN dan PH, Pas di bawah PN akan tetap bersedia dengan kemungkinan tersebut. K Online

Beri PN pula memerintah – Tuan Ibrahim




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3



Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker