Helikopter bertembung: Adik Mat beri bayangan pertemuan Aidilfitri terakhir

Helikopter bertembung: Adik Mat beri bayangan pertemuan Aidilfitri terakhir

SIK: “Adik ada minta nak makan nasi, telur goreng dan ikan masin..dia kata takut tak sempat makan selepas ini,” kata Noryani Tamadun, 50.

Noryani berkata, bagaimanapun dia tidak menyangka gurauan adik bongsunya, Pegawai Waran II Muhammad Faisol Tamadun, 36, itu menjadi kenyataan selepas arwah terbabit dalam nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pagi tadi.



Kakak sulung daripada empat beradik itu berkata, kali terakhir mereka sekeluarga berkumpul adalah pada Aidilfitri pertama lalu, sebelum arwah pulang ke Sabah pada pagi raya kedua.

“Apabila adik cakap takut tak sempat makan, hati saya terdetik kenapa dia cakap macam ini? Selain itu pada pagi Aidilfitri, dia ajak kami tiga beradik bergambar, walaupun seorang lagi adik perempuan yang bekerja sebagai polis di Pahang belum sampai.

“Arwah kata kita ambil gambar bertiga dulu, nanti takut ‘seorang hilang’, nanti kakak balik (adik kerja polis) akan ganti, dia kata mungkin ini gambar terakhir kita.

“Saya rasa pelik kenapa dia cakap ‘seorang hilang’, masa nak balik pun dia cakap kita jumpa terakhir sudah ini, hari ini semuanya terjawab,” katanya yang tinggal di Kampung Tanjung di sini.



Noryani berkata, dia reda dengan pemergian adik bongsunya itu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia pada Januari dan Ogos tahun lalu.

Katanya, arwah yang lebih mesra dengan panggilan Adik Mat sangat manja dengan adik beradik lain dan berhasrat untuk pencen dua tahun lagi.

“Arwah dijangka akan kembali bertugas di Lumut, Perak, hujung tahun ini. Selepas itu dua tahun lagi dia akan pencen dan mahu balik tinggal di rumah peninggalan orang tua kami di Kampung Tanah Hitam, Sik.

“Rumah itu memang arwah ayah beri kepada adik, dia kata nak buat inap desa dulu sebelum dia pencen,” katanya.



Selain itu, Noryani berkata, arwah juga bersemangat untuk mengadakan latihan di Pangkalan TLDM Lumut, Perak kerana dapat berjumpa isterinya Nor Syuhada, 37, yang bertugas sebagai guru di Seri Iskandar.

“Dia ada ajak kami tengok pertunjukan sempena Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-90 awal bulan depan, tapi saya sudah cakap dengan dia kami tak dapat pergi kerana terlalu jauh,” katanya.

Noryani berkata jenazah adiknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sik Dalam di sini.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak perempuan berusia enam dan 10 tahun.



Media hari ini melaporkan seramai 10 orang maut dalam nahas dua buah helikopter milik TLDM terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut, pagi ini.

Kedua-dua helikopter yang bertembung di udara dan terhempas di situ dilaporkan sedang menjalani Latihan raptai bersempena lintas hormat sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini.

Berdasarkan laporan, dua helikopter yang terdiri model HOM dan Fennec telah berlepas dari Padang Sitiawan pada 9.03 pagi, pada tadi.

Bagaimanapun, berlaku pelanggaran di udara sebelum masing-masing terhempas di tangga Stadium Pangkalan TLDM dan berdekatan kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut. BH



Helikopter bertembung: Adik Mat beri bayangan pertemuan Aidilfitri terakhir

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sheriff pecah rekod, sailang Mat Kilau



Aliff Aziz dengan Sarah Yasmine pulak?

‘Anak ikan’ resah

Sebab Syasya tinggalkan Dolla

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker