LTAT umum dividen 5 peratus

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) hari ini mengisytiharkan kadar dividen lima peratus dengan jumlah pembayaran sebanyak RM485.08 juta bagi tahun 2023.

Ia menyaksikan pengisytiharan kadar dividen yang sama dua tahun berturut-turut seperti tahun sebelumnya namun jumlah agihan pembayaran meningkat berbanding RM476.45 juta pada 2022.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kadar dividen yang diumumkan ini secara asasnya menzahirkan perkembangan positif buat LTAT untuk memberi kadar dividen yang telah beransur pulih, mampan dan stabil.



“Diharap, ini membawa berita gembira kepada seramai 123,380 pencarum iaitu anggota-anggota tentera yang menyimpan dalam LTAT.

“Kita percaya bahawa LTAT akan terus bergerak dengan baik, cemerlang seperti yang saya katakan sebelum ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pengumuman Dividen LTAT 2023 hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman; Pengerusi LTAT, Jeneral (B) Tan Sri Azizan Ariffin dan Ketua Eksekutif LTAT, Mohammad Ashraf Md Radzi.

Menurut beliau, jumlah dividen itu dapat ditentukan daripada keuntungan dan rizab kewangan LTAT yang kukuh di sebalik cerita yang menyatakan LTAT tidak berada dalam keadaan kewangan kukuh.



“Sebagai satu tabung pencen untuk anggota tentera dan pada masa sama LTAT mampu untuk memainkan peranan dan memajukan ekonomi negara dengan penyertaannya dalam pelbagai sektor melalui anak-anak syarikatnya,” katanya.

Mengenai dakwaan krisis kewangan yang dihadapi LTAT, Khaled berkata perkara itu berlaku apabila pihak di luar tidak membuat semakan dan terus mempercayai bulat-bulat tuduhan itu.

“Kita tidak mungkin umumkan dividen sebegini sekiranya kita tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kuat dan kukuh.

“Dalam perkara ini, perlu bertanggungjawab.. jangan hanya dengar daripada pihak lain dan selepas sekian lama, baru nak tanya. Ini sebagai satu pengajaran,” katanya.



Menurutnya, pendapatan bersih LTAT meningkat kepada RM537.80 juta pada tahun lalu berbanding RM432.47 pada tahun 2022 yang mana peningkatan sebanyak 24 peratus.

“Keuntungan terkumpul selepas dividen LTAT juga telah mula berkembang dengan lebih besar kepada RM756.81 juta berbanding RM498.7 juta pada tahun 2022 iaitu peningkatan sebanyak 52 peratus dan berbanding hanya RM38.7 juta pada penghujung tahun 2018.

“Secara ringkasnya, saya boleh katakan, bahawa majlis pengumuman dividen pada hari ini adalah bukti terbaik kejayaan komitmen dan pelaksanaan pelbagai program transformasi yang telah dijalankan.

“Pengumuman dividen hari ini adalah berdasarkan posisi kewangan LTAT yang kukuh,” katanya.



Mengulas perlantikan kepimpinan baharu iaitu Azizan sebagai Pengerusi LTAT baharu dan Mohammad Ashraf sebagai Ketua Eksekutif LTAT baharu berkuat kuasa 1 April lalu, beliau melahirkan keyakinan terhadap penstrukturan semula LTAT.

“Kita akan pastikan segala perancangan itu akan dijayakan bersandarkan perkara-perkara yang kita percaya baik untuk masa depan LTAT selain melindungi kepentingan para pencarum,” katanya.

Ditanya berhubung isu penjualan saham Affin Bank Bhd kepada kerajaan Sarawak, Khaled berkata perkara itu akan diteruskan dan hanya menunggu kebenaran Bank Negara.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tersebar foto mesra serta perbualan romantis Bella Astillah & Muaz Zabir



Afdlin Shauki akhirnya ‘tayang’ isteri

Kakak Safee Sali dedah adik pusing fakta dan bohong

Wanita tikam mati lelaki ketika lakukan seks

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker