‘Airmata lakonan’, Ibu Aliff Aziz sindir Bella

Jika pelakon Puteri Sarah sering mendapat reaksi positif mentua dalam apa juga tindakan, tangisan dan pendedahan mengejutkan Bella Astillah berhubung isu kecurangan melibatkan seorang pelakon baharu dan hubungan Aliff Aziz dengan adik ipar sendiri ternyata tidak meraih sokongan atau menyentuh hati ibu mentuanya, Siti Hafiza Basharahil.

Tanpa merujuk kepada mana-mana individu, Siti Hafiza memuatkan naik petikan kata-kata menerusi InstaStory yang seolah-olah menyindir seseorang yang hidup dalam kepura-puraan.

Tulis Siti Hafiza, manusia boleh menutup kesalahan sebenar di hadapan orang lain, namun tidak mampu menipu diri sendiri.



“Air mata dan lakonan yang hebat boleh menutupi mata manusia akan perbuatan dan siapa kita yang sebenar.

“Tetapi yakinlah kita pasti akan takut pada bayang-bayang kita sendiri. Wallahualam,” tulisnya dalam Instagram, tidak sampai 12 selepas tular pendedahan terbaharu menantu, Bella malam tadi.

Ibu tiga anak itun bagaimanapun mengakui hanya memberikan pandangan ikhlas tanpa menamakan mana-mana pihak.

Sejak kontroversi anak sulungnya ditangkap khalwat bersama pelakon Ruhainies pada 9 Mac lalu, Siti Hafiza kerap memuat naik hantaran berupa mutiara kata serta petikan hadis atau potongan ayat al-Quran dalam laman sosialnya.



Selepas isu membabitkan Aliff terus membahang, wanita berkenaan dipercayai tidak lagi mengikuti Instagram menantunya.

Bella pula memfailkan cerai secara ekspres dan kes itu disebut semula di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini.

Malam tadi, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, mendakwa Aliff berlaku curang sebanyak 11 kali termasuk menjalin hubungan bersama adik iparnya, Eriqa Astillah.

Bella juga mengaku ‘menggunakan’ pelakon muda, Muaz Zabir untuk membuat suaminya cemburu berikutan tersebarnya foto dan perbualan mesra mereka dalam media sosial.



Hubungan terbabit didakwa sudah berlangsung sejak Oktober tahun lalu, selain mereka kerap berkongsi foto rutin harian dalam mesej Whatsapp.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dengan dikurniakan dua cahaya mata, iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tersebar foto mesra serta perbualan romantis Bella Astillah & Muaz Zabir

Afdlin Shauki akhirnya ‘tayang’ isteri



Kakak Safee Sali dedah adik pusing fakta dan bohong

Wanita tikam mati lelaki ketika lakukan seks



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker