Duit raya RM500 untuk penjawat awam Gred 56 ke bawah
Duit raya RM500 untuk penjawat awam Gred 56 ke bawah
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah yang akan dibayar pada Jumaat ini.
Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersetuju menyalurkan BKK Aidilfitri kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.
“Jadi hari ini, bersamaan 21 Ramadan 1445, saya umumkan, kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.
“Sebanyak RM250 BKK Aidilfitri kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen, insya-Allah saya sudah maklumkan kepada Perbendaharaan supaya BKK Aidilfitri disalurkan mulai Jumaat ini, 5 April 2024,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di PUSPANITAPURI, hari ini.
Pada 15 Mac lalu di Ipoh, Presiden CUEPACS Datuk Adnan Mat mengulangi gesaan supaya kerajaan memberikan bantuan khas kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara.
Adnan berkata, pihaknya berharap Perdana Menteri mengekalkan tradisi bantuan khas perayaan itu sebagaimana dilaksanakan sepanjang 10 tahun lalu.
Insentif itu katanya, bukan sahaja memberi manfaat kepada penjawat awam, malah melegakan kelompok peniaga.
“Kami merayu supaya kerajaan mengumumkan dalam waktu yang terdekat ini, kerana ada keluh kesah peniaga di luar sana apabila penjawat awam kurang ‘purchasing power’.
“Sekurang-kurangnya dengan ada bantuan khas Aidilfitri, bukan sahaja penjawat awam (terima manfaat), tetapi untuk peniaga di bazar Aidilfitri yang memerlukan pembeli yang mampu membeli barangan mereka.
“Jika kami tidak ada kelebihan, maka kami tidak mampu membeli (dan mewujudkan) pusingan ekonomi kepada peniaga,” katanya.
23 Februari penjawat awam dapat RM2,000
Semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak sebelum ini sudah menerima bayaran insentif awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sebanyak RM2,000 yang disalurkan pada 23 Februari ini.
Semalam, kerajaan Pahang mengumumkan khabar gembira kepada kira-kira 8,000 penjawat awamnya apabila bersetuju memberikan bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM1,000.
Kerajaan Johor pula mengumumkan bantuan khas Aidilfitri setengah bulan gaji atau minimum RM1,500 kepada penjawat awamnya.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau memahami kesukaran yang dihadapi penjawat awam walaupun sudah menerima bayaran insentif awal RM2,000 sebelum ini.
“Jadi apabila jumpa penjawat awam, ada penjawat awam yang cakap kita faham Datuk Seri, tapi ada yang juga cakap dah habis belanja Datuk Seri.
“Perdana Menteri pun tak ambil gaji lagi, tapi masalahnya benar, persekolahan, kos sara hidup meningkat sedikit, jadi saya minta saudara doalah supaya politiknya stabil, dasar ekonomi jelas, pelaburan jelas, pelaburan asing bertambah,” katanya. BH
Duit raya RM500 untuk penjawat awam Gred 56 ke bawah
Baca Artikel Menarik:
- Abby Abadi bidas Safee Sali?
- Pemilik gerai murtabak kain buruk dikompaun KKM
- Aliff Syukri bengang banglo mewah disamakan dengan kedai tom yam
- Suara halus jawab salam dari kubur (Video)
- Kak KM trauma kena rompak, nak pasang ‘bodyguard’
- Neelofa ditemui selamat
- ‘Saya mahu gantung sampai mati, itu sahaja’
- Logik ke TPM tak tahu?
- Datuk Red sampai kena cari kerja
- Cadangan Tangau Langau suruh Akmal desak China mohon maaf dianggap dungu
- Tiada bonus raya bagi penjawat awam Kelantan
- Maaf boleh, lupakan ‘sorry’ – Mimi Lana
- PADU gagal kerana imej Rafizi yang tidak diyakini rakyat
- Pembantu rumah dakwa lari sebab dipukul anak Zarina Zainuddin
- Dakwaan salah laku seks guru wanita, polis rakam keterangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET