Rempuh lembu melintas jalan, penunggang motosikal jadi ‘arwah’ sebelum syawal
Seorang pekerja pembersihan Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh seekor lembu yang melintas jalan di Kilometer 80 Jalan Gua Musang-Kota Bharu dekat Bukit Ah Kim di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 7.24 pagi itu, mangsa, Norsyamimi Mayedin, 35, meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat, berkata hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya di HSIP Kuala Krai dari rumahnya yang terletak di RPT Chuchoh Puteri B.
Katanya, setibanya di lokasi kejadian, mangsa yang menunggang motosikal telah melanggar seekor lembu yang sedang melintas jalan.
“Akibat pelanggaran itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian disebabkan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta badan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Mazlan berkata, statistik kemalangan membabitkan haiwan peliharaan di Kuala Krai bagi tempoh Januari hingga semalam adalah sebanyak 23.
“Daripada jumlah kes itu, sebanyak 20 kes membabitkan kerosakan kenderaan, dua kes membabitkan kecederaan dan satu kes maut.
“Di kawasan Kuala Krai yang selalu merekodkan kemalangan membabitkan haiwan ternakan terutamanya di kawasan Telekong, Keroh, Batu Jong, Pahi, Bukit Ahkim dan Laloh,” katanya.
Beliau menasihatkan pemilik haiwan ternakan supaya tidak membiarkan ternakan mereka dilepaskan sewenang-wenangnya kerana dikhuatiri boleh mengancam nyawa pengguna jalan raya yang lain.
“Pihak kami turut menasihati pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati semasa melalui kawasan haiwan yang sering kali melintas jalan,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Abby Abadi bidas Safee Sali?
- Pemilik gerai murtabak kain buruk dikompaun KKM
- Aliff Syukri bengang banglo mewah disamakan dengan kedai tom yam
- Suara halus jawab salam dari kubur (Video)
- Kak KM trauma kena rompak, nak pasang ‘bodyguard’
- Neelofa ditemui selamat
- ‘Saya mahu gantung sampai mati, itu sahaja’
- Logik ke TPM tak tahu?
- Datuk Red sampai kena cari kerja
- Cadangan Tangau Langau suruh Akmal desak China mohon maaf dianggap dungu
- Tiada bonus raya bagi penjawat awam Kelantan
- Maaf boleh, lupakan ‘sorry’ – Mimi Lana
- PADU gagal kerana imej Rafizi yang tidak diyakini rakyat
- Pembantu rumah dakwa lari sebab dipukul anak Zarina Zainuddin
- Dakwaan salah laku seks guru wanita, polis rakam keterangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET