Pembunuh dari Israel berbohong? Mengapa ada 6 pucuk pistol jika hanya mahu membunuh seorang
KUALA LUMPUR: Mengapa warga Israel yang ditahan dipercayai perisik memiliki enam pucuk pistol bersama 200 peluru hidup.
Pada masa ini siasatan masih giat dijalankan bagi mendapatkan maklumat mengapakah suspek utama berusia 36 itu memiliki pistol melebihi satu
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) sedang menyiasat dari semua sudut dan tujuan utama pistol berkenaan.
“Timbul persoalan di sini mengapakah suspek memerlukan pistol dan peluru yang begitu banyak sedangkan sebelum ini dia memberikan alasan kononnya ingin membunuh seorang warga Israel yang ada di sini disebabkan masalah peribadi.
“Jadi buat masa ini siasatan menjurus ke arah itu dan kita juga tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai agenda lain seperti saya nyatakan sebelum ini bahawa mengancam keselamatan Yang di-Pertuan Agong atau Perdana Menteri Malaysia atau juga orang berkepentingan lain.
“Semua ini adalah intipati utama dalam penyiasatan kita,” katanya kepada BH hari ini.
Razarudin berkata, sehingga ini, sepasang suami isteri warga tempatan yang ditahan di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor, semalam, bertanggungjawab membekalkan semua enam pistol kepada suspek.
Katanya, pasangan terbabit disyaki memperoleh pistol dari negara jiran sebelum menjualnya kepada suspek dengan pembayaran menggunakan mata wang kripto.
“Kita sedang menantikan tempoh reman terhadap kedua-dua suspek terbabit sebelum siasatan lanjut ke atas pasangan berusia 42 dan 40 tahun itu dijalankan.
PDRM tahan warga Israel rampas 6 pucuk pistol, datang ke Malaysia dengan motif membunuh
“Malah kita juga sedang mengenal pasti tujuan utama mereka menyimpan sepucuk lagi pistol yang dirampas,” katanya.
Pada masa ini secara keseluruhan polis merampas tujuh pucuk pistol selain menahan seorang lagi lelaki dipercayai pemandu kepada lelaki Israel di Cameron Highlands, pagi semalam.
Terdahulu, lelaki Israel itu ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang, di sini, Rabu lalu, sebelum membawa kepada penemuan enam pucuk pistol.
Suspek warga Israel disahkan memasuki negara ini menggunakan pasport warganegara Perancis pada 12 Mac lalu dan dikesan menginap di tiga hotel berbeza sebelum ditahan di Jalan Ampang.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Abby Abadi bidas Safee Sali?
- Pemilik gerai murtabak kain buruk dikompaun KKM
- Aliff Syukri bengang banglo mewah disamakan dengan kedai tom yam
- Suara halus jawab salam dari kubur (Video)
- Kak KM trauma kena rompak, nak pasang ‘bodyguard’
- Neelofa ditemui selamat
- ‘Saya mahu gantung sampai mati, itu sahaja’
- Logik ke TPM tak tahu?
- Datuk Red sampai kena cari kerja
- Cadangan Tangau Langau suruh Akmal desak China mohon maaf dianggap dungu
- Tiada bonus raya bagi penjawat awam Kelantan
- Maaf boleh, lupakan ‘sorry’ – Mimi Lana
- PADU gagal kerana imej Rafizi yang tidak diyakini rakyat
- Pembantu rumah dakwa lari sebab dipukul anak Zarina Zainuddin
- Dakwaan salah laku seks guru wanita, polis rakam keterangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET