6 pucuk pistol pembunuh dari Israel datang dari Thailand

KUALA LUMPUR: Beli senjata di Thailand sebelum dijual kepada lelaki warga Israel. Itu tindakan suami isteri berusia 42 dan 40 tahun yang ditahan di bazar Ramadan di Kuala Selangor jam 7.15 malam tadi.

Pasangan terbabit dipercayai bersekongkol dengan membekalkan senjata api kepada lelaki Israel berkenaan

Sumber berkata, hasil soal siasat, pasangan berkenaan mengakui mereka membeli senjata di Thailand dan diserahkan kepada seorang lelaki warga asing dipercayai rakyat Israel itu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, namun enggan mengulas lanjut.

Menurutnya, siasatan lanjut masih berjalan di semua sudut bagi mengesan mereka yang terbabit dalam kes itu, lapor Harian Metro.

Terdahulu, pasangan itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Sebaik ditahan, polis membawa suspek ke kediaman mereka, juga di Kuala Selangor, sebelum menemukan sepucuk pistol dalam sebuah beg galas di dalam Honda Jazz milik mereka.

PDRM tahan warga Israel rampas 6 pucuk pistol, datang ke Malaysia dengan motif membunuh

Berdasarkan maklumat sumber, suspek lelaki dipercayai individu bertanggungjawab membekalkan enam pistol kepada lelaki warga Israel yang memasuki negara ini menggunakan pasport Perancis.

Terdahulu, polis turut menahan seorang lelaki tempatan di Cameron Highlands, Pahang, yang dipercayai pemandu kepada lelaki Israel terbabit sejak memasuki negara ini pada 12 Mac lalu.

Pada masa ini, polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif utama lelaki warga Israel terbabit memasuki negara ini, selain tujuannya memiliki enam pistol dan 200 butir peluru.

Semalam, tindakan seorang lelaki warga Israel menggunakan pasport negara Perancis untuk masuk ke ibu negara terbongkar selepas dia ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sebuah hotel di Jalan Ampang dekat sini, Rabu lalu.

Lelaki berusia 36 tahun itu masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ketika ditahan, dia didapati memiliki enam senjata api bersama 200 butir peluru.

Pemeriksaan di bilik hotel menemukan semua senjata api jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4, Smith and Wesson, Sih Sauer dan Stoeger serta peluru yang diletakkan di dalam beg miliknya.

Siasatan polis mendapati, semua senjata berkenaan dibeli suspek sebaik tiba di negara ini dengan menggunakan mata wang kripto.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shidee yang ditahan polis

Safee Sali mengaku kahwin lain

Hans Isaac tak malukah – PN

Lantikan penjawat awam baharu setara sistem pencen

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker