Pejabat Sultan Perak membuat laporan polis

PETALING JAYA: Pejabat Sultan Perak membuat laporan polis semalam berhubung satu kenyataan yang tular baru-baru ini, memetik titah Sultan Nazrin Shah hampir dua dekad lepas dengan konteks yang salah.

Kenyataan tular atas nama Amanah Membina Negara itu dikatakan memetik titah Sultan Perak semasa Kongres Pendidikan Melayu Kedua pada 2005.

Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Zahidi Zainuddin berkata, dipercayai ada pihak pada masa ini yang mahu menghidupkan bara perkauman dan keagamaan dengan mengaitkan titah tersebut dengan konteks salah.



“Sepanjang titah itu, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah tidak sama sekali mengait atau menzahirkan ungkitan terhadap mana-mana kaum di negara ini,” katanya dalam kenyataan

“Laporan polis dibuat demi melindungi nama baik Sultan Nazrin Shah daripada diheret dan dicemari oleh mana-mana pihak untuk memenuhi agenda tersurat dan tersirat mereka.”

Beliau berkata, baginda khuatir tindakan “tidak bertanggungjawab” mengeluarkan kenyataan sedemikian mampu menjejaskan ketenteraman negara.

Dalam pada itu, Sultan Nazrin Shah turut menyuarakan kebimbangan tercetusnya api perkauman berikutan kejadian bom petrol dilempar ke cawangan KK Mart di Bidor, Perak, pada Selasa lepas.



“Baginda sudah disembah maklum mengenai kejadian itu oleh pihak polis dan meminta perkara tersebut diberikan perhatian serius,” kata Zahidi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Shidee yang ditahan polis

Safee Sali mengaku kahwin lain



Hans Isaac tak malukah – PN

Lantikan penjawat awam baharu setara sistem pencen



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker