Ketua Pengarah Penjara nafi Najib diberi keistimewaan
Semua individu yang mejalani hukuman penjara diuruskan mengikut peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Ini termasuk layanan kepada bekas Perdana Menteri Najib Razak, kata Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia, Nordin Muhammad.
“Sesiapa sahaja yang menerima hukuman dilayan sama mengikut peraturan ditetapkan.
“Ini termasuklah kepada Najib yang sedang menerima hukuman di Penjara Kajang, beliau tetap tertakluk kepada peraturan dan Akta Penjara 1995,” katanya yang dipetik oleh Sinar Harian, hari ini.
Semalam, penceramah Wan Ji Wan Hussin yang baru saja menghabiskan hukuman penjara di sana memberitahu Malaysiakini bahawa Najib mendapat layanan “sangat istimewa”.
Blok istimewa
“Saya biasa nampak dia tak pakai baju banduan macam kita yang lain. Dia pakai biasa sahaja, macam duduk di rumah.
“Bukan pakai sut, tak adalah. Maksudnya dia pakai macam duduk di rumah, saya di situ pakai baju banduan.
“Memang dia istimewa sangat. Bukan (sekadar) istimewa, tapi istimewa sangat,” katanya semasa wawancara pada 25 Mac lalu.
Wan Ji turut memberitahu bahawa Najib juga ditempatkan di “blok istimewa” sekaligus menolak spekulasi bahawa Najib sebenarnya tidak menjalani hukuman di Penjara Kajang.
Wan Ji yang dibebaskan sepenuhnya pada 22 Mac lalu setelah beberapa bulan menjalani hukuman penjara ekoran sabitan kes hasutan yang dikaitkan dengan Sultan Selangor pada 2014 sebelum ini telah keluar penjara pada 1 Januari lalu melalui Program Pembebasan Banduan Secara Berlesen (PBSL).
‘Junjung asas undang-undang’
Mengulas lanjut, Nordin, berkata pihaknya tidak akan berkompromi jika terdapat pegawai atau anggota yang melanggar peraturan dan tindakan tegas akan diambil sekiranya ada yang memberi layanan istimewa kepada mana-mana banduan.
“Soal ini kami di pihak penjara sama sekali tidak akan berkompromi, asas undang-undang kami sentiasa junjung tinggi,” katanya lagi.
Najib dijatuhkan hukuman 12 tahun dan denda RM210 juta selepas disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd (SRC).
Pada 2 Februari lalu, Lembaga Pengampunan membuat keputusan untuk mengurangkan hukuman tersebut kepada penjara enam tahun dan denda RM50 juta.
Dengan itu, Najib dijangka akan dibebaskan pada Ogos 2028. Bagaimanapun, dia boleh dibebaskan lebih awal atas “kelakuan baik” pada Ogos 2026 selepas menjalani dua pertiga dari tempoh hukuman penjara.
Partners in struggle
Sementara itu, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menggesa Kementerian Dalam Negeri untuk segera memberikan penjelasan mengenai dakwaan Wan Ji.
Dalam satu kenyataan hari ini, Muda mempersoalkan cara kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim melayan kes jenayah berprofil tinggi yang berkaitan dengan bekas pemimpin parti komponen kerajaan.
“Jika ya, maka benarlah dimaksudkan Menteri KDN (Saifuddin Nasution Ismail) mengenai Umno merupakan partners in struggle.
“Antara contoh Umno ini partners in struggle yang perlu diberi layanan istimewa adalah kes (presiden parti itu) Ahmad Zahid Hamidi yang diberikan DNAA (perlepasan tanpa pembebasan).
“Zahid masih timbalan perdana menteri buat masa ini. Malah sehingga hari, masih tidak ada sebarang kenyataan dibuat untuk mendakwa semula Zahid oleh Jabatan Peguam Negara,” kata Muda.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Abby Abadi bidas Safee Sali?
- Pemilik gerai murtabak kain buruk dikompaun KKM
- Aliff Syukri bengang banglo mewah disamakan dengan kedai tom yam
- Suara halus jawab salam dari kubur (Video)
- Kak KM trauma kena rompak, nak pasang ‘bodyguard’
- Neelofa ditemui selamat
- ‘Saya mahu gantung sampai mati, itu sahaja’
- Logik ke TPM tak tahu?
- Datuk Red sampai kena cari kerja
- Cadangan Tangau Langau suruh Akmal desak China mohon maaf dianggap dungu
- Tiada bonus raya bagi penjawat awam Kelantan
- Maaf boleh, lupakan ‘sorry’ – Mimi Lana
- PADU gagal kerana imej Rafizi yang tidak diyakini rakyat
- Pembantu rumah dakwa lari sebab dipukul anak Zarina Zainuddin
- Dakwaan salah laku seks guru wanita, polis rakam keterangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.