Guru wanita cabul pelajar lelaki direhatkan hingga siasatan selesai – Menteri
Guru wanita yang didakwa mencabul seorang pelajar lelaki dalam kes tular baru-baru ini, direhatkan sehingga siasatan kes itu selesai.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata guru wanita itu, perlu mematuhi sepenuhnya proses siasatan kes itu yang dijalankan oleh pihak polis terlebih dahulu dan kemudiannya Kementerian Pendidikan (KPM).
“Ketika ini kami (KPM) mengambil pendekatan untuk melindungi anak-anak kita sepenuhnya, jadi guru itu tidak ada langsung kaitan atau pun akses kepada para pelajar, dia direhatkan sehingga siasatan selesai.
“Dia kena mematuhi sepenuhnya proses siasatan terlebih dahulu, jadi buat masa sekarang ini siasatan polis dan dakwaan, barulah kita boleh ambil tindakan di peringkat KPM,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Buka Puasa bersama Ahli Parlimen Nibong Tebal di Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, di Nibong Tebal malam ini.
Pada majlis itu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal turut menyampaikan sumbangan kepada 21 buah masjid dan 56 buah surau, membabitkan peruntukkan RM140,000.
Media sebelum ini melaporkan, KPM akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap guru wanita yang didakwa menjalin hubungan dengan pelajarnya yang berusia 17 tahun, selepas siasatan polis selesai.
Terdahulu Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof dilaporkan berkata pihaknya telah merakam keterangan guru wanita berusia 37 tahun itu.
Ibu mangsa membuat laporan polis pada 12 Dis lepas, mendakwa suspek mencabul anaknya ketika mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Abby Abadi bidas Safee Sali?
- Pemilik gerai murtabak kain buruk dikompaun KKM
- Aliff Syukri bengang banglo mewah disamakan dengan kedai tom yam
- Suara halus jawab salam dari kubur (Video)
- Kak KM trauma kena rompak, nak pasang ‘bodyguard’
- Neelofa ditemui selamat
- ‘Saya mahu gantung sampai mati, itu sahaja’
- Logik ke TPM tak tahu?
- Datuk Red sampai kena cari kerja
- Cadangan Tangau Langau suruh Akmal desak China mohon maaf dianggap dungu
- Tiada bonus raya bagi penjawat awam Kelantan
- Maaf boleh, lupakan ‘sorry’ – Mimi Lana
- PADU gagal kerana imej Rafizi yang tidak diyakini rakyat
- Pembantu rumah dakwa lari sebab dipukul anak Zarina Zainuddin
- Dakwaan salah laku seks guru wanita, polis rakam keterangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.