Anggota polis maut bertembung dengan treler
Seorang anggota polis maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 6 Jalan Bahau-Kemayan di sini pada Jumaat.
Kejadian jam 1 petang itu dipercayai berlaku ketika mangsa, Koperal Mohd Nadzir Ibrahim, 39, dari Cawangan Pengiring Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dalam perjalanan dari arah Bahau menuju ke tempat kerjanya.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa telah dilanggar oleh sebuah treler dari laluan bertentangan.
“Treler yang dipandu lelaki berusia 29 tahun itu hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan melanggar bahagian hadapan motosikal mangsa.
“Kejadian itu mengakibatkan mangsa mengalami cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Menurutnya, pemandu treler berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.
Tambahnya, saksi kejadian diminta menghubungi Inspektor Mohd Amirul Syafiq Mohd Yusof di talian 016-2348669 bagi membantu siasatan.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Abby Abadi bidas Safee Sali?
- Pemilik gerai murtabak kain buruk dikompaun KKM
- Aliff Syukri bengang banglo mewah disamakan dengan kedai tom yam
- Suara halus jawab salam dari kubur (Video)
- Kak KM trauma kena rompak, nak pasang ‘bodyguard’
- Neelofa ditemui selamat
- ‘Saya mahu gantung sampai mati, itu sahaja’
- Logik ke TPM tak tahu?
- Datuk Red sampai kena cari kerja
- Cadangan Tangau Langau suruh Akmal desak China mohon maaf dianggap dungu
- Tiada bonus raya bagi penjawat awam Kelantan
- Maaf boleh, lupakan ‘sorry’ – Mimi Lana
- PADU gagal kerana imej Rafizi yang tidak diyakini rakyat
- Pembantu rumah dakwa lari sebab dipukul anak Zarina Zainuddin
- Dakwaan salah laku seks guru wanita, polis rakam keterangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Lantikan penjawat awam baharu setara sistem pencen