Zahid bidas Kj samakan kepimpinan UMNO sebagai ‘biawak hidup’
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyelar tindakan bekas ahli parti itu yang menyamakan kepimpinan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan sebagai ‘biawak hidup’.
Beliau berkata, ada pihak terutama dalam kalangan bekas ahli parti itu yang mengkritik dan mencipta kebencian dalam kalangan rakyat apabila Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dilancarkan oleh kerajaan.
“Ada kumpulan yang mengatakan kononnya maklumat peribadi akan digunakan kerajaan terutamanya Kementerian Ekonomi untuk menggali maklumat-maklumat peribadi dan dikongsi dengan semua pihak, semua yang baharu pasti ada cabarannya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Jamek As-Solihin, Kanchong Darat Banting pada Khamis.
Ahmad Zahid dalam pada itu menganggarkan terdapat kira-kira 22 peratus pihak yang menentang apa sahaja inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh kerajaan.
“Ini termasuklah bekas tokoh yang mengatakan seseorang itu biawak hidup, adakah biawak hidup itu akan memberi kesan kepada keputusan oleh rakyat terutamanya dalam pilihan raya.
“Saya ingin mengatakan orang yang mengatakan orang lain sebagai biawak hidup itu dia sendiri adalah biawak hidup.
“Tanya diri sendiri sebelum menuding jari kepada pihak lain,” katanya.
Jelas Ahmad Zahid lagi, kumpulan ini terlalu banyak dalam negara dan jika tidak dibendung individu terbabit akan menjadi biawak hidup yang sebenarnya.
“Dalam menghadapi bulan Ramadan, umat Islam harus berada dalam keperibadian yang baik.
“Tetapi kalau agama jadi tunggangan dan alat untuk capai matlamat, agama hanya diperlukan bila ada kematian, majlis tahlil, maka orang itu adalah biawak hidup sebenar,” ujarnya.
Bekas tokoh yang dirujuk oleh Zahid dipercayai bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
Khairy Jamaluddin menerusi sesi podcastnya bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mengemukakan persoalan sama ada persepsi bahawa kerajaan sedang terbeban atau dihalang oleh UMNO dan menyamakan parti itu adalah ‘biawak hidup’ dalam kerajaan Perpaduan.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Abby Abadi bidas Safee Sali?
- Pemilik gerai murtabak kain buruk dikompaun KKM
- Aliff Syukri bengang banglo mewah disamakan dengan kedai tom yam
- Suara halus jawab salam dari kubur (Video)
- Kak KM trauma kena rompak, nak pasang ‘bodyguard’
- Neelofa ditemui selamat
- ‘Saya mahu gantung sampai mati, itu sahaja’
- Logik ke TPM tak tahu?
- Datuk Red sampai kena cari kerja
- Cadangan Tangau Langau suruh Akmal desak China mohon maaf dianggap dungu
- Tiada bonus raya bagi penjawat awam Kelantan
- Maaf boleh, lupakan ‘sorry’ – Mimi Lana
- PADU gagal kerana imej Rafizi yang tidak diyakini rakyat
- Pembantu rumah dakwa lari sebab dipukul anak Zarina Zainuddin
- Dakwaan salah laku seks guru wanita, polis rakam keterangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Safee Sali mengaku kahwin lain
You must be logged in to post a comment.