MIC desak lucut kerakyatan Ganesparan yang menghina Sultan Selangor

R Thinalan berkata pengguna Facebook N Ganesparan yang mengeluarkan kenyataan menghina tidak lagi setia kepada negara.

MIC desak lucut kerakyatan Ganesparan yang menghina Sultan Selangor

MIC mendesak kerajaan melucutkan kewarganegaraan pengguna Facebook N Ganesparan yang menghina Islam, Sultan Selangor dan polis.

Ketua Penerangannya R Thinalan berkata ini kerana beliau individu itu tidak lagi setia kepada negara melalui tindakan atau percakapannya, seperti termaktub di dalam perlembagaan negara kita.

Menurutnya, Ganesparan mengancam perpaduan dan keharmonian negara yang boleh menyebabkan kegusaran awam serta membangkitkan sensitiviti agama yang boleh menyebabkan pergolakan.

“MIC menggesa tindakan segera diambil oleh kerajaan supaya anasir tidak setia kepada negara sebegini dibendung dari terus mengancam dan mencemari keharmonian rakyat serta negara.

“Kewarganegaraan Ganesparan harus dilucutkan kerana individu itu tidak lagi setia kepada negara melalui tindakan atau percakapannya seperti termaktub dalam perlembagaan,” katanya dalam kenyataan.

Pada 23 Mac lalu, lelaki itu telah memuat naik video itu ke media sosial yang antara lain mendakwa polis pantas mengambil tindakan terhadap rakyat berbangsa Cina yang menghina Islam, namun tindakan sama tidak diambil terhadap beberapa individu lain yang didakwanya menghina agama bukan Islam.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata siasatan terhadap Ganesparan dibuat mengikut Seksyen 298A dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurutnya, video itu dirakam di luar negara memandangkan lelaki terbabit telah meninggalkan negara sejak 2018 dan kini dipercayai berada di sebuah negara di Eropah.

Shuhaily berkata ini bukan kali pertama tindakan individu itu melibatkan isu sensitif seperti institusi beraja, agama dan politik, di mana 22 kes telah dibuka dari 2018 hingga kelmarin. FMT

MIC desak lucut kerakyatan Ganesparan yang menghina Sultan Selangor

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shidee yang ditahan polis

Safee Sali mengaku kahwin lain

Hans Isaac tak malukah – PN

Lantikan penjawat awam baharu setara sistem pencen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker