Zamri Vinoth cabar Rayer buktikan dia hina agama Hindu
Zamri Vinoth cabar Rayer buktikan dia hina agama Hindu
Pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu mencabar Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer untuk membuktikan dakwaan dia menghina kaum India beragama Hindu di Malaysia.
“Bagi menjawab kenyataan Rayer dan rakan-rakannya, pertama sekali di Parlimen Rayer mengatakan saya telah menghina (agama Hindu).
“Jadi saya mencabarnya untuk membuktikan di mana yang saya menghina (agama itu),” katanya hari ini.
Menurut Zamri, Rayer sendiri tidak menjelaskan penghinaan yang dibuatnya ketika membangkitkan dakwaan itu.
Hari ini, sekumpulan ahli Parlimen PH berbangsa India mengadakan sidang media bagi menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar mengambil tindakan tegas terhadap Zamri yang didakwa menghina agama bukan Islam.
“Dalam beberapa siri Tiktok yang disiarkan di media sosial Zamri Vinoth telah dirakam sebagai memberi penjelasan tentang dewa Shiva Lingam yang disembah oleh kaum India beragama Hindu di Malaysia,” kata Rayer dalam sidang media itu.
Mengulas lanjut, Zamri berkata dia hanya membuat penjelasan berhubung dakwaan segelintir penganut Hindu bahawa di dalam Kaabah mempunyai Shiva Lingam.
Katanya, sekiranya mereka tidak membuat sebarang tuduhan melibatkan Kaabah orang Islam di dalamnya Shiva Lingam, tidak ada keperluan untuk pihaknya menjawab perkara ini.
“Perkara ini pernah timbul beberapa tahun lepas apabila beberapa penganut hindu yang turut membuat video menyatakan ada Shiva Lingam di dalam Kaabah dan orang Islam turut menyembah dewa itu.
“Ketika itu saya buat video menjelaskan tentang apa yang ada di dalam Kaabah. Sudah tentu orang Islam tidak tahu apa itu Shiva Lingam, jadi saya menjelaskan apa maksudnya,” katanya.
Dia berkata penjelasan tersebut bukan berdasarkan kefahaman sendiri, tetapi dengan merujuk kamus Bahasa Sanskrit dan Shiva Puranam, iaitu antara teks utama bagi agama Hindu.
“Jadi apabila saya ambil buku (kitab) Shiva Puranam dan beritahu apa maksud Shiva Linggam menurut kitab agama Hindu, di mana datangnya penghinaan dan sensitiviti?,” soalnya lagi.
Zamri berkata Rayer dan ahli-ahli parlimen berbangsa India yang lain sepatutnya meminta penjelasan penganut Hindu yang membuat dakwaan itu.
“Adakah menjawab dakwaan berkaitan Islam dianggap sebagai mencetuskan isu?
“Sepatutnya Rayer cari penganut Hindu yang membuat dakwaan itu, manakala saya hanya menjawab dan menjelaskan,” katanya lagi. Mk
Zamri Vinoth cabar Rayer buktikan dia hina agama Hindu
Baca Artikel Menarik:
- Abby Abadi bidas Safee Sali?
- Pemilik gerai murtabak kain buruk dikompaun KKM
- Aliff Syukri bengang banglo mewah disamakan dengan kedai tom yam
- Suara halus jawab salam dari kubur (Video)
- Kak KM trauma kena rompak, nak pasang ‘bodyguard’
- Neelofa ditemui selamat
- ‘Saya mahu gantung sampai mati, itu sahaja’
- Logik ke TPM tak tahu?
- Datuk Red sampai kena cari kerja
- Cadangan Tangau Langau suruh Akmal desak China mohon maaf dianggap dungu
- Tiada bonus raya bagi penjawat awam Kelantan
- Maaf boleh, lupakan ‘sorry’ – Mimi Lana
- PADU gagal kerana imej Rafizi yang tidak diyakini rakyat
- Pembantu rumah dakwa lari sebab dipukul anak Zarina Zainuddin
- Dakwaan salah laku seks guru wanita, polis rakam keterangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.