Perak mohon bantuan RM640 juta dariapada pusat
Kerajaan negeri Perak memerlukan bantuan dana daripada kerajaan Persekutuan sebanyak RM640 juta bagi menyelesaikan masalah banjir di empat lokasi melibatkan tiga daerah di negeri ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, peruntukan tersebut meliputi pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kinta Fasa Tiga yang memerlukan peruntukan mencecah RM300 juta dan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Sama Gagah di daerah Kerian bernilai RM250 juta.
Menurutnya, dua lagi lokasi di daerah Larut Matang dan Selama pula melibatkan Rancangan Tebatan Banjir Pekan Kuala Sepetang yang menelan belanja RM55 juta dan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Trong bernilai RM35 juta.
“Untuk itu, saya dan rakan-rakan dalam pentadbiran kerajaan negeri sangat berterima kasih atas sikap keterbukaan Perdana Menteri dalam mendukung usaha dan ikhtiar kita untuk memastikan segala perancangan yang telah kita susun dan atur demi kesejahteraan rakyat dapat sama-sama kita jayakan.
“Kita telah sedaya upaya memujuk untuk menurunkan peruntukan untuk menjayakan pelan Perak Sejahtera 2030. Ada 10 perkara yang semuanya projek berimpak tinggi. Tentunya dapat membangun Perak jadi game changer,” katanya ketika berucap.
Beliau berucap sempena Majlis Berbuka Puasa Madani Peringkat Negeri Perak di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM), Bandar Meru Raya di sini pada Isnin.
Hadir sama pada majlis itu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.
Saarani berkata, permintaan tersebut disuarakan melalui satu mesyuarat bersama-sama Anwar dan anggota kerajaan negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada petang Isnin.
Menurutnya, kesemua projek berimpak tinggi itu merupakan pelaburan yang sangat penting bagi Perak.
Jelas Saarani, hubungan simbiotik yang terjalin utuh antara kerajaan negeri dan Persekutuan amat penting bukan sahaja dalam usaha memacu ekonomi tetapi menangani isu-isu rakyat
“Kita yakin, kejayaan setiap dasar dan polisi kerajaan perlu sentiasa selari dengan aspirasi dan kehendak rakyat. Kita juga yakin, kerajaan dan rakyat perlu mendukung antara satu sama lain.
“Hubungan antara negeri dan Persekutuan pula perlu sentiasa akrab dan harmoni agar isu-isu rakyat dapat sama-sama kita tangani,” katanya.
Dalam pada itu, Saarani turut menghargai sifat cakna Anwar dalam menangani isu-isu rakyat berkaitan soal kenaikan kos sara hidup dan usaha bersungguh-sungguh menoktahkan kemiskinan.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Stimbot meletup, tujuh beranak menggelupur tubuh badan melecur
- King Sing tidak ada hak desak UMNO tekan Akmal
- Akmal pertahankan hak Islam bukan main politik – KIMMA
- Disiplinkan anak sebelum bawa berjemaah di masjid – Fedtri
- Ibu menangis, Zizan hadiahkan kereta Mercedes Benz GLC300 (Video)
- Ustazah Nurul maut kereta rempuh tiang elektrik
- Kualiti makanan Bazar Ramadan makin teruk?
- Pembekal stoking minta maaf lagi, naikkan kain rentang
- Hinalah, kami ibu bapanya sampai liang lahad – ibu Aliff Aziz
- Penyamun maut dilanggar kereta mangsa
- Saya tak perlu persetujuan DAP untuk pertahankan Islam – Dr Akmal
- Kalau dah ganggu jemaah lain , elok jangan dibawa ke masjid – Dr Zulkifli
- Solat tarawih hanya membaca al-Fatihah?
- Kecewa dengan kerajaan, Jasmine Suraya jual kereta
- Bukan Rafizi saja ada formula, Rosyam pun ada
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.