Wani Kayrie simpati nasib Bella Astillah kerana terpaksa simpan ‘sakit bertahun’

Menyedari kontroversi membabitkan pelakon Bella Astillah cukup serius, penyanyi Wani Kayrie bersimpati dengan nasib menimpa sepupunya itu.

Begitupun, Wani atau nama lengkapnya, Syazwani Abdullah, 24, berkata, tiada apa yang mampu dia lakukan selain memberi sokongan dan mendoakan terbaik buat Bella.

“Secara peribadi, saya enggan komen apa-apa walaupun saya tahu apa yang dilalui sepanjang program realiti, Famili Duo sebelum ini.



“Saya tiada hak bersuara sebab belum berkahwin dan tidak tahu turun naik dalam rumah tangga. Tapi, saya kasihan kepada Bella. Dia perlu hadap dan simpan kesakitan selama bertahun-tahun.

“Namun, saya tak boleh adili mana-mana pihak, sebab hanya dengar cerita sebelah pihak. Saya mesej Bella dan tak mahu kacau, harap isu rumah tangganya ini dipermudahkan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ditanya sama ada pernah berjumpa Bella ketika kemelut berlaku, pelantun lagu Aksara itu menggelengkan kepala dan memberitahu mereka sekadar berhubung menerusi telefon.

“Saya dan Bella bertemu dalam satu majlis, awal tahun ini.



Tetapi, saya ada mesej pada hari jadinya, kebetulan tarikh hampir dekat dengan hari lahir saya juga.

“Hanya sekadar mesej ringkas mendoakan satu sama lain,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran single Balik Raya, semalam.

Sebelum ini, nama Bella kembali menjadi bualan hangat dalam media sosial sejak 8 Mac lalu apabila suaminya, Aliff ditangkap khalwat dengan pelakon Ruhainies di sebuah kondominum mewah di ibu negara.

Ibu kepada dua cahaya mata itu kemudiannya memfailkan permohonan cerai secara ekspres dua hari selepas insiden tersebut.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar



Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi



Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker