Chef Ammar didakwa rampas tapak gerai Bazar Ramadhan?

Chef Ammar didakwa rampas tapak gerai Bazar Ramadhan?

Belum reda isu video Chef Ammar didakwa bersikap ‘riak’ dan ‘sombong’, namanya sekali lagi tular menjadi bualan netizen apabila beliau didakwa ‘melanggar’ dan ‘merampas’ tapak gerai milik orang lain di bazar ramadan.

Menerusi perkongsian Facebook Pengasas Bersama Whatawaste, Alvin J berkata beliau terkejut apabila mendapati tapaknya di Bazar Ramadan USJ 4 telah dipindahkan oleh peniaga lamb shank tersebut.

Berani ‘Pecah Tembok’ Industri Boba Di Malaysia, Ini Nasihat Pengasas Tealive Buat Anak Muda
Menurut Alvin, tapak gerai Whatawaste bukanlah untuk berniaga jual beli, sebaliknya untuk memberikan bahan masakan atau makanan lebihan kepada individu-individu yang memerlukan secara percuma.

“Hari ini hari pertama jiran ni mula berniaga di Bazaar Ramadhan USJ 4. Khemah kami selalunya antara yang terawal berada di tapak semenjak hampir 2 minggu yang lalu.

“Kebiasaannya, selepas saya set up khemah sendiri, saya akan bergegas ke lokasi lain pulak untuk set up. Kemudian baru balik ke khemah sendiri.

“Petang tadi apabila saya jalan balik ke khemah sendiri, ada penjaja yang datang ke arah saya untuk memaklumkan bahawa khemah saya telah ditolak ke belakang oleh ‘budak baru’,” kata beliau.

Alvin segera ke lokasi untuk memeriksa barangan di khemahnya tiada yang tertinggal semasa ‘dialihkan’ tanpa kebenaran. Kemudian beliau cuba mendapat penjelasan daripada pekerja Chef Ammar mengenai perkara tersebut.

“Seperti biasa, saya beri Salam Ramadan dulu kepada jiran baru saya ini tapi tak dibalas. Yalah orang sibuk berniaga, kita kacau pun tak betul kan (tapi tak nampak ada orang beratur pula).

“Masa saya check benda saya semua, ternampak bunting baru saya koyak dan terbelah dua. Saya mengeluh dengan sayu, ‘What a waste’. Yalah, betul-betul sakit hati kerana kita baru saja cetak bunting ini dan kosnya tak rendah langsung. Jumlah kos printing yang kami biayai dengan hasil titik peluh melebihi Rm730, khas untuk inisiatif Ramadan ini.

“Kita langsung tiada geran ataupun bantuan kewangan daripada mana-mana pihak untuk melaksanakan inisiatif ini. Mestilah sakit hati!” tegas beliau.

Semasa beliau cuba mendapatkan pencerahan daripada ‘jiran baharu’, salah seorangnya sedang mengambil masa untuk berbual di telefon. Selepas selesai, Alvin bertanya dan alangkah terkejutnya cara jawapan yang diberikan oleh pekerja itu.

“Abang, tadi orang abang ya yang ubah khemah kami ini?” tanya Alvin.

“Saya tak tau!” jawab pekerja Chef Ammar.

“Jawapan pertama pun sudah memberi gambaran yang amat jelas tentang orangnya. Saya pun selalu tak banyak masa. Tak apa bulan yang mulia, kita steady saja.

“Saya mengambil peluang untuk tutup ‘kedai’ awal dan mendapat rehat yang secukupnya. Sambil berjalan balik ke van, saya tetiba terpikir balik kata-kata yang saya pernah dengar dari salah satu sahabat karib saya, seorang Ustaz — kakitangan adalah cerminan bosnya.

“Bagi saya, sebagai seorang Kristian — saya adalah cerminan kepercayaan saya — saya perlu menjadi asbab kebaikan walaupun betapa sukarnya. Sentiasa sayang dengan semua dan tak boleh berdendam. Saya terus reda dan bersyukur kerana ‘cawan saya separuh penuh’,” ujar Alvin.

Menerusi satu komen yang pada hantaran Facebook itu, Chef Ammar didakwa tidak membuat sebarang permohonan untuk berniaga di tapak gerai bazar ramadan berkenaan.

Dalam pada itu, orang ramai meminta agar Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dapat tampil memberikan pencerahan mengenai isu tersebut.

KEMAS KINI: Dalam perkongsian terkini Alvin, dia dan wakil Chef Ammar telah bersemuka di mana pihak sana telah membuat permohonan maaf dan Alvin dapat kembali berjiran di lokasi tersebut seperti biasa.

Alvin menambah setiap insan tidak terlepas daripada membuat kesilapan dan merasakan perkara tersebut telah selesai dan tidak perlu dipanjangkan lagi. Alvin turut berterima kasih kepada netizen yang mengambil berat tentang kebimbangannya sebelum ini. Vc

Chef Ammar didakwa rampas tapak gerai Bazar Ramadhan?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker