Amalan untuk wanita haid di bulan Ramadhan
Amalan untuk wanita haid di bulan Ramadhan
Umum mengetahui bagi wanita yang sedang keluar darah haid maka diharamkan bagi mereka beberapa ibadah utama seperti berpuasa, mendirikan solat atau membaca al-Quran. Walaupun begitu masih terdapat amalan atau ibadah lain yang mereka boleh lakukan agar tetap beroleh pahala Ramadan antaranya:
Pertama: Bersedekah
Ibadah sedekah tidak mengekang wanita yang sedang haid untuk bersama-sama memperoleh ganjaran Ramadan. Keluarkanlah sedekah dan zakat di dalam bulan Ramadan. Semuanya tetap dilihat sebagai ibadah yang dijanjikan pahala dari Allah.
Apatah lagi ganjaran bersedekah bukan hanya dinikmati dalam bentuk batin (pahala) semata malah turut dibayar dengan zahir (dilipat gandakan hartanya).
Bahkan dalam sebuah hadis Baginda s.a.w. disebutkan sebagai orang yang paling pemurah bersedekah di bulan Ramadan berbanding bulan-bulan yang lain.
Ibnu Abbas r.a. menceritakan, “Nabi s.a.w. adalah manusia paling pemurah. Dan pemurahnya Baginda semakin menjadi-jadi saat Ramadan apalagi ketika Jibril menemuinya. Dan Jibril menemuinya setiap malam bulan Ramadan dia bertadarus al-Quran bersamanya. Maka Rasulullah benar-benar sangat pemurah dengan kebaikan laksana angin yang berhembus.” (HR Bukhari)
Kedua: Berzikir
Tiada larangan bagi wanita yang sedang haid untuk membaca zikir. Malah Baginda s.a.w. menyebutkan dalam sebuah hadis,
“Perumpamaan orang yang membaca zikir dengan tidak membacanya adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati” (HR Bukhari)
Ketiga: Berdoa
Sama seperti zikir, tiada juga larangan bagi wanita yang haid untuk berdoa. Malah boleh berdoa bila-bila masa pun dan di mana jua. Mohonlah doa sebanyak-banyaknya terutama ketika waktu-waktu yang paling mustajab antaranya waktu sahur dan berbuka. Sambil-sambil memasak atau menyediakan hidangan untuk berbuka, bolehlah berdoa kepada Allah S.W.T.
Aisyah r.ha. juga pernah bertanya kepada Baginda s.a.w.
“Wahai Rasulullah! Seandainya aku bertemu Lailatul Qadar, doa apa yang harus aku baca?” Jawab Baginda s.a.w. “bacalah, Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’ fu ‘anni” (Wahai Tuhan, Engkau Maha Pengampun, Engkau menyukai orang yang meminta ampun. Kerananya ampunilah aku” (HR Ibnu Majah)
Keempat: Menyediakan makanan untuk berbuka dan bersahur
Janganlah bersedih dan berduka seandainya tidak dapat berpuasa, atau mendirikan solat sepanjang Ramadan. Allah S.W.T. itu Maha Adil, tetap juga diberikan ganjaran yang selayaknya pada setiap amal perbuatan.
Seandainya tidak dapat solat tarawih atau tahajud di malam hari, dengan menyediakan makanan untuk orang yang bersahur dan berbuka juga dianggap ibadah dan beroleh pahala yang besar.
Apatah lagi jika seorang isteri yang berbakti kepada suami dan keluarganya atau seorang anak kepada kedua ibu bapanya. Utv
Amalan untuk wanita haid di bulan Ramadhan
Baca Artikel Menarik:
- Stimbot meletup, tujuh beranak menggelupur tubuh badan melecur
- King Sing tidak ada hak desak UMNO tekan Akmal
- Akmal pertahankan hak Islam bukan main politik – KIMMA
- Disiplinkan anak sebelum bawa berjemaah di masjid – Fedtri
- Ibu menangis, Zizan hadiahkan kereta Mercedes Benz GLC300 (Video)
- Ustazah Nurul maut kereta rempuh tiang elektrik
- Kualiti makanan Bazar Ramadan makin teruk?
- Pembekal stoking minta maaf lagi, naikkan kain rentang
- Hinalah, kami ibu bapanya sampai liang lahad – ibu Aliff Aziz
- Penyamun maut dilanggar kereta mangsa
- Saya tak perlu persetujuan DAP untuk pertahankan Islam – Dr Akmal
- Kalau dah ganggu jemaah lain , elok jangan dibawa ke masjid – Dr Zulkifli
- Solat tarawih hanya membaca al-Fatihah?
- Kecewa dengan kerajaan, Jasmine Suraya jual kereta
- Bukan Rafizi saja ada formula, Rosyam pun ada
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.