Google mohon maaf silap lapor nilai ringgit

Google mohon maaf silap lapor nilai ringgit

Google Malaysia hari ini membuat permohonan maaf atas kesilapan berkenaan kadar pertukaran Dolar Amerika Syarikat(AS)-Ringgit yang disiarkan di laman kewangannya.

“Kami segera menghubungi pihak ketiga yang memberikan maklumat tentang kadar pertukaran Dolar AS-Ringgit untuk membetulkan kesilapan itu. Isu itu kini telah diselesaikan dan kami memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang timbul,” kata Google Malaysia menerusi hantaran di laman X (dahulunya dikenali sebagai Twitter).



Google juga berkata bahawa ia menyediakan kadar pertukaran mata wang hanya untuk tujuan maklumat sahaja.

“Sila rujuk sumber rasmi seperti laman sesawang Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membuat sebarang keputusan kewangan,” katanya di laman blog mikro itu.

Pada 15 Mac lepas Google telah menyiarkan kadar pertukaran Dolar AS-Ringgit yang tidak tepat di laman kewangannya. Ini merupakan insiden kedua Google menyiarkan data kadar pertukaran Dolar AS-Ringgit yang tidak tepat pada tahun ini yang mana pertama kali berlaku pada 6 Feb. FMT

Google mohon maaf silap lapor nilai ringgit



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali mahukan anaknya dikembalikan



Chef Ammar dituduh riak

Aliff Syukri kena kecam buat konten dengan Ruhainies



Untung bersih Petronas merosot, hanya catat RM80.7 bilion pada 2023

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker