Peha wanita dipegang dan dicabul dalam surau

Seorang lelaki didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Batu Pahat kerana mencabul kehormatan seorang jemaah wanita dalam surau, di Parit Raja, awal bulan ini.

Tertuduh, Mohammad Sah Taswat, 29, mengaku salah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Nurasidah A Rahman.

Mengikut pertuduhan, pekerja landskap itu didakwa sengaja melakukan kekerasan jenayah serta berniat mencabul kehormatan seorang jemaah berusia 29 tahun di ruang solat wanita, pada 1.20 tengah hari, 8 Mac.

Berdasarkan fakta kes, kejadian berlaku ketika mangsa berada di ruang solat wanita sebelum disapa lelaki itu. Tertuduh kemudian menutup pintu dan duduk di sebelah mangsa sebelum memegang paha wanita berkenaan.

Terkejut dengan tindakan itu, mangsa melarikan diri bagi mendapatkan bantuan orang lain serta membuat laporan polis. Tertuduh ditahan empat hari selepas kejadian, lapor Berita Harian.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan boleh dikenakan penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan ataupun dengan mana-mana dua daripada hukuman itu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Khalijah Khalid, manakala tertuduh diwakili Tan Song Yan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Terdahulu, tertuduh menerusi peguamnya memilih untuk hukuman denda minimum kerana perlu menanggung kedua ibu bapa manakala pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap tindakan.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM3,000 selain memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 12 bulan jika gagal membayarnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kasihan Bella, saat ‘birthday’ dapat hadiah macam ini

Ruhainies nak ‘cover’ ke, siap kongsi 4 golongan haram disentuh api neraka

Zaman saya artis macam ini diboikot 4 tahun – A Aida

Bapa ‘pening’ hantar anak ke sekolah lain

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker