Suami isteri maut kerana gagal keluar, anak perempuan terselamat dari kebakaran di Damansara Utama

Sepasang suami isteri maut manakala anak perempuan berusia 14 tahun selamat dalam kebakaran memusnahkan rumah mereka di Damansara Utama, awal pagi tadi.

Bomba menerima panggilan kecemasan pada 5.13 pagi dalam insiden di tingkat atas bahagian bilik tidur utama dan dapur.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata mangsa dikenali Leong Chen Mun, 55, dan suaminya Kang Tsi Yam, 61.



“Sebuah jentera dan pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara dikerahkan ke lokasi kejadian bersama 10 anggota.

“Kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat yang terbakar di tingkat atas bahagian bilik tidur utama dan bahagian bawah di dapur,” katanya menurut Harian Metro.

Ahmad Mukhlis berkata, api berjaya dikawal tidak lama kemudian dan kemusnahan dianggarkan kira-kira 70%.

Menurutnya, punca kebakaran masih dalam siasatan.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kasihan Bella, saat ‘birthday’ dapat hadiah macam ini



Ruhainies nak ‘cover’ ke, siap kongsi 4 golongan haram disentuh api neraka

Zaman saya artis macam ini diboikot 4 tahun – A Aida



Bapa ‘pening’ hantar anak ke sekolah lain



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker