‘Doakan Allah pulangkan suami walau bagaimana sekalipun keadaan dia’
‘Doakan Allah pulangkan suami walau bagaimana sekalipun keadaan dia’
Isteri Konstabel Iskandar Ibrahim, mangsa bot karam di Sungai Batang Baleh, Kapit pasrah dengan ketentuan Ilahi apabila pencarian yang genap seminggu semalam, masih gagal mengesan suaminya.
Anis Nur Ezzati dalam catatan di Facebook hari ini, bagaimanapun memohon doa orang ramai supaya suaminya itu ditemukan walau apa juga keadaannya.
Hari ini, pencarian anggota polis berasal dari Kelantan berusia 28 tahun itu memasuki hari kelapan dengan pelbagai kaedah dijalankan, termasuk penyertaan Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak.
“Pencarian suamiku diteruskan untuk hari kelapan hari ini. Untuk makluman, segala ikhtiar sudah kami lakukan sebagaimana yang diberi oleh orang sekeliling kami.
“Tetapi takdir Allah SWT tak ada satu pun orang yang dapat menduga, pencarian suami saya masih tidak mendapat titik noktah, saya sebagai isteri akur dan reda dengan segala ketentuan,” katanya.
Anis turut merayu orang ramai terus berdoa supaya pencarian berhasil.
“Saya minta jasa baik anda semua, jangan pernah berhenti doakan dia.
“Doakan supaya Allah SWT pulangkan dia kepada kami, walau bagaimana sekalipun keadaan dia,” katanya.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak berkata, pencarian diteruskan hari ini bermula dari lokasi terakhir mangsa dilihat iaitu berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Lepong Baleh sehingga Kapit.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang 7 Mac lalu, sebuah bot yang dinaiki lima individu karam di Sungai Batang Baleh berdekatan jeti SK Lepong Baleh.
Seorang mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam, manakala empat lagi termasuk dua anggota polis hilang dihanyutkan arus deras.
Ketika kejadian, kedua-dua anggota polis itu dalam perjalanan dari Kuching ke Nanga Tulie, Kapit kerana mengiringi bahan letupan seberat 35 kilogram.
Pada 9 Mac, dua mangsa ditemui lemas iaitu Jack Balan yang ditemui terapung oleh anggota polis di Pulau Kerto, Sibu pada jam 10 pagi.
Mayat kedua, Sarjan Jonathan Lambet pula ditemui terapung oleh anggota bomba pada jam 4.02 petang hari sama, kira-kira lima kilometer dari lokasi bot karam di Sungai Batang Baleh.
Mayat ketiga iaitu Amerson John Nain, pula ditemui terapung di Sungai Batang Lebaan, Sibu, pada 10 Mac lalu. BH
‘Doakan Allah pulangkan suami walau bagaimana sekalipun keadaan dia’
Baca Artikel Menarik:
- Bella Astillah minta cerai
- Kastam rampas 73 pek kurma disyaki dari Israel
- Puteri Sarah Kongsi Keadaan Terkini Bella Astillah Yang Agak Membimbangkan
- Amelia Christie Akhirnya Sahkan Tak Ada Hubungan Lagi Dengan Sharnaaz Ahmad
- Aaron Aziz dapat duit raya ihsan scammer
- Netizen bersorak tiada lagu raya Aliff Syukri tahun ini
- Sophia Albarakbah dah kahwin senyap-senyap?
- Kelab bolasepak Indonesia gunakan nama Israel FC
- Kejam! Wanita Rohingya, anak dibakar di taman permainan di Cheras
- Geng plastik hitam tinggalan Mamat Khalid disambung Amen
- Bella Astillah tarik diri
- Bella jual batang buruk
- Ellie Suriaty sekolahkan Ruhainies
- Bekas orang kuat Muhyiddin sertai PKR
- Kurma Butter bawa penyakit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Datang ‘shooting’ sekali, siap panggil baby lagi – Kru drama
You must be logged in to post a comment.