Mencadangkan ‘benda yang sudah ada’, MP PAS dikecam kerana tidak buat ‘homework’
PKR Pahang menasihatkan Ahli Parlimen Jerantut, Khairil Nizam Khirudin, agar membuat semakan terlebih dulu sebelum mengeluarkan pandangan bagi mengelak berlaku kesipuan.
Pengarah strateginya, Ahmad Nizam Hamid, berkata tindakan pemimpin PAS itu bukan saja semberono malah menjejaskan nama baik rakyat Pahang secara keseluruhan.
“Kenyataan Khairil Nizam itu amat memalukan memandangkan beliau adalah ahli parlimen Pahang yang mewakili suara anak Pahang.
“Dengan isu semudah ini pun beliau tak mampu laksanakan dengan baik, bagaimana agaknya ahli parlimen itu menguruskan isu-isu besar yang melibatkan polisi,” kata Ahmad Nizam ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Dia yang juga seorang peguam diminta mengulas cadangan dikemukakan Khairil Nizam di Dewan Rakyat yang mencadangkan agar masakan gulai ikan patin tempoyak dan gulai asam rong diiktiraf sebagai makanan warisan negara.
Saranan itu dibuat Khairil Nizam semasa berbahas di Dewan Rakyat dan mengulas mengenai langkah kerajaan baru-baru ini menjadikan bak kut teh sebagai salah satu daripada 10 menu baru dalam makanan warisan negara.
Turut disenaraikan ialah burasak, mi kolok, dan nasi ambeng.
Bagaimanapun semakan menunjukkan gulai patin tempoyak dan gulai asam rong memang sudah sedia ada dan diperakui sebagai salah satu makanan warisan negara sejak 2009.
Ahmad Nizam berkata kegopohan Khairil Nizam semasa membicarakan bak kut teh itu menunjukkan seolah-olah dia mahu menonjolkan diri sebagai juara orang Melayu.
Padahal, katanya, tanpa disedari bekas ketua penerangan PAS Pusat itu boleh mengguris perasaan kaum lain.
Ahmad Nizam turut menyarankan Khairil Nizam merujuk buku-buku resipi masakan dan manisan tradisi Pahang yang dikarang Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar.
Dalam naskhah itu, katanya, ada banyak maklumat mengenai hidangan Pahang dipaparkan.
Sementara itu Penasihat Majlis Pimpinan PKR Pahang, Fuziah Salleh, memberitahu Malaysiakini pihaknya ada mencadangkan langkah mengangkat makanan tradisi Pahang lain ke tempat sewajarnya.
Kata Fuziah, pihaknya menyarankan agar makanan tersebut – sambal hitam dan gula kabung – didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu turut menyarankan agar semua pihak bekerjasama untuk mendaftarkan produk-produk istimewa Pahang di bawah MyIPO yang merupakan agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
“Perkara ini perlukan kerjasama semua pihak, bukan mempolitikkannya ini seperti dilakukan Jerantut,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Boikot Starbucks hanya rugikan rakyat Malaysia – Vincent Tan
- Mokhzani digelar pemain piano ‘campak’
- Pindaan perlembagaan Bersatu balasan Allah – Zahid
- Amir Jahari pelik jadi pemenang AJL38
- Aisha Retno kena ‘panic attack’ di pentas akhir AJL38
- Syarikat Mahadi tiada lesen pelaburan – Bukit Aman
- PAS pun nak tanding kerusi Bersatu
- Saya akan cabar di mahkamah – MP Gua Musang
- Muhyiddin tidak boleh rayu ke mahkamah persekutuan
- Joe Flizzow ‘nakal’, Hannah dedahkan selalu ‘tegur’ sewaktu disekolah dahulu
- Haikal jatuh dalam gelanggang, kepala terhentak ke lantai – Setiausaha Agung PESAKA
- Ameera Khan mahu lelaki yang mampu membimbingnya mendekati Allah
- Bertengkar dengan mentua, menantu pandu melulu hingga menjunam ke laut
- Ahli-ahli Parlimen Bersatu sanggah Muhyiddin, tak akan kosong kerusi kecuali mahkamah yang putuskan
- Hamzah kata sebak bila Muhyiddin kena dakwa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Anggota APM kongsi detik misteri apabila ular sawa ditangkap mengilai
Ahli MKT UMNO sokong Presiden MCA berhubung isu SST, mahu kerajaan beri berita gembira