Kenapa ayat Kursi begitu istimewa dan ditakuti syaitan?
Kenapa ayat Kursi begitu istimewa dan ditakuti syaitan?
Ayat Kursi merupakan salah satu ayat yang terkandung dalam surah al-Baqarah iaitu ayat ke 255. Selain Kursi ia juga digelar ayat Arsy atau ayat Takhta kerana ayat ini menyatakan tentang takhta atau kekuasaan Allah S.W.T. yang sangat luas membentang di atas langit dan bumi.
Ayat Kursi merupakan ayat teragung di dalam al-Quran. Menurut Ubay bin Ka’ab r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda,
“Wahai Abu Munzir (nama gelaran Ubay), tahukan engkau ayat mana di kitab Allah yang paling agung?” Aku menjawab, “Allah dan Rasul Nya lebih tahu” Beliau bertanya lagi, “Wahai Abu Munzir, tahukah engkau ayat mana di Kitab Allah yang paling agung?” Aku pun menjawab, “Allahu laa ila ha illa huwal hayyul qayyum” Maka beliau memukul dadaku dan berkata, “Demi Allah! Selamat atas ilmu (yang diberikan Allah kepadamu) wahai Abul Munzir” (HR Muslim)
Dari Asma’ binti Yazid bin as-Sakan turut berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda dalam dua ayat ini iaitu (Allahu laa ila ha illa dan laa ila ha illa huwal hayyul qayyum) bahawa di dalamnya terdapat nama Allah yang paling agung”
Menurut Imam al-San’ani kelebihan ayat Kursi ini adalah disebabkan padanya terhimpun segala usul nama-nama dan sifat-sifat Allah seperti Wahdaniyyah (Maha Esa), al-Hayah (Maha Hidup) al-Qayyumiyyah (Maha Kekal) al-‘Ilm (Maha Mengetahui), al-Mulk (Maha Menguasai) al-Qurdah (Maha Kuasa) dan juga al-Iradah (Maha Berkehendak).
Imam Ahmad menyatakan ayat ini menyebut tentang Allah sebanyak 17 kali iaitu hitungan yang sama dengan rakat solat sehari semalam.
Bukan itu sahaja, malah dalam pelbagai hadis, Baginda s.a.w. turut disebutkan mengenai kelebihan dan keistimewaan ayat Kursi antaranya:
Pertama: Syaitan tidak akan mendekatinya ketika tidur
Dalam kisah yang lain berkait Abu Hurairah r.a. dengan syaitan yang mencuri harta zakat, disebutkan bahawa syaitan berkata,
“Biarkan aku mengajarimu beberapa kalimah yang Allah memberimu manfaat dengannya. Jika engkau berangkat tidur, bacalah ayat kursi. Dengan demikian akan selalu ada penjaga dari Allah untukmu dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi”
Ketika Abu Hurairah r.a. menceritakan kepada Rasulullah s.a.w. beliau berkata, “Sungguh ia telah jujur, padahal ia banyak berdusta” (HR Bukhari)
Kedua: Dilindungi dari pagi hingga ke petang dan petang ke pagi
Ubay bin Ka’ab r.a. meriwayatkan kisah yang hampir sama di atas bahawa jin mengatakan,
“Barang siapa membacanya ketika petang hari, ia akan dilindungi dari kami sampai ke pagi. Barang siapa membacanya ketika pagi, ia akan dilindungi sampai ke petang” (HR at-Thabrani)
Ketiga: Masuk syurga tanpa halangan
Dalam hadis diriwayatkan dari Abi Umamah r.a. berkata, Nabi s.a.w. pernah bersabda,
“Barang siapa yang membaca ayat kursi setelah selesai solat wajib, tidak ada yang menghalanginya dari masuk syurga selain kematian” (HR at-Thabrani) Utv
Kenapa ayat Kursi begitu istimewa dan ditakuti syaitan?
Baca Artikel Menarik:
- Boikot Starbucks hanya rugikan rakyat Malaysia – Vincent Tan
- Mokhzani digelar pemain piano ‘campak’
- Pindaan perlembagaan Bersatu balasan Allah – Zahid
- Amir Jahari pelik jadi pemenang AJL38
- Aisha Retno kena ‘panic attack’ di pentas akhir AJL38
- Syarikat Mahadi tiada lesen pelaburan – Bukit Aman
- PAS pun nak tanding kerusi Bersatu
- Saya akan cabar di mahkamah – MP Gua Musang
- Muhyiddin tidak boleh rayu ke mahkamah persekutuan
- Joe Flizzow ‘nakal’, Hannah dedahkan selalu ‘tegur’ sewaktu disekolah dahulu
- Haikal jatuh dalam gelanggang, kepala terhentak ke lantai – Setiausaha Agung PESAKA
- Ameera Khan mahu lelaki yang mampu membimbingnya mendekati Allah
- Bertengkar dengan mentua, menantu pandu melulu hingga menjunam ke laut
- Ahli-ahli Parlimen Bersatu sanggah Muhyiddin, tak akan kosong kerusi kecuali mahkamah yang putuskan
- Hamzah kata sebak bila Muhyiddin kena dakwa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Anggota APM kongsi detik misteri apabila ular sawa ditangkap mengilai
Ahli MKT UMNO sokong Presiden MCA berhubung isu SST, mahu kerajaan beri berita gembira
You must be logged in to post a comment.