Budak autisme hilang dari rumah, operasi SAR dilancarkan

Budak autisme hilang
Avelyn Alesha Jude

PENAMPANG: Seorang kanak-kanak perempuan autisme berumur enam tahun dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Sugud, di sini, hari ini.

Kehilangan kanak-kanak terbabit, Avelyn Alesha Jude, dikatakan disedari ibunya kira-kira jam 4 petang tadi

Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Ishak Amran, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.44 petang.

Susulan itu, beliau berkata, lapan anggota serta pegawai bersama jentera serta Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang dikerahkan ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Menurut ibu kepada kanak-kanak itu, mangsa disedari tiada di rumah kira-kira jam 4 petang tadi, dan usaha mencarinya dijalankan bersama penduduk kampung.

“Namun setakat kira-kira jam 9.10 malam ini, mangsa masih gagal ditemui,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, operasi SAR turut dibantu pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, dan maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

30 ekor gajah datang berkunjung

Johan gosok baju saya – Ozlynn

Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim

Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker