Polis siasat kenyataan biadap Presiden PAS yang ‘menyingung’ Raja-Raja Melayu

Polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang bertajuk ‘Ketinggian Islam Wajib Dipertahankan’ yang disiarkan di portal berita milik parti itu pada 20 Feb lepas yang didakwa menyingung Raja-Raja Melayu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, namun polis belum mengambil keterangan Abdul Hadi memandangkan keadaan kesihatannya tidak begitu baik.

“Polis telah buka kertas siasatan membabitkan kenyataan dikeluarkan beliau dan masih menunggu waktu yang sesuai untuk panggil dan ambil keterangan Abdul Hadi,” katanya ketika dihubungi.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan Abdul Hadi yang dipercayai ditujukan kepada alim ulama, para peguam, hakim, ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta Raja-Raja Melayu.

Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin, Datuk Muhamad Munir Bani memaklumkan Sultan Sharafuddin menyifatkan Abdul Hadi tidak membaca secara menyeluruh dan mendalam titah ucapan baginda semasa Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) pada 15 Feb lalu.

Susulan itu, baginda berkenan mengutus surat kepada Abdul Hadi menerusi Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Datuk Dr Ab Halim Tamuri.

Surat lima halaman itu juga menyebut, kenyataan Abdul Hadi bukan saja mengelirukan, malah boleh membawa kegelisahan yang akhirnya boleh menjurus kepada perpecahan kepada perpaduan umat Islam khususnya dalam kalangan orang Melayu di negara ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

30 ekor gajah datang berkunjung

Johan gosok baju saya – Ozlynn

Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim

Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker