30 ekor gajah datang berkunjung

30 ekor gajah datang berkunjung

KLUANG – Seorang penjaga pekebun buah-buahan di Kampung Sri Impian di sini berdepan detik cemas dan terpaksa menyorok dalam almari selepas dikejutkan dengan kunjungan kira-kira 30 ekor gajah liar, malam semalam.

Ambe Bujang, 60, berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2 pagi itu ketika dia sedang nyenyak tidur di dalam pondok yang dibina khas sebagai tempat berteduh di dalam kebun seluas kira-kira lima ekar itu.



Katanya, sebaik mendengar bunyi bising, dia menjenguk keluar melalui tingkap dan menyuluh ke arah datangnya suara binatang sebelum mendapati sekawan gajah sedang merosakkan barang-barang kebun yang berada di luar.

“Melihat keadaan itu, seluruh tubuh saya menggigil sebelum mengambil tindakan menyorok dalam almari bagi memastikan keselamatan diri selain jauh dari jangkauan gajah.

“Ketika itu saya mendengar juga bunyi seolah-olah dinding tingkap diketuk dan ditarik sehingga terasa pondok bergoyang-goyang,” katanya pemberita di sini, hari ini.

Menurut Ambe, sejak mula bekerja menjaga kebun buah-buahan di kampung itu lima tahun lalu, sudah beberapa kali pondok tempatnya berjaga itu didatangi gajah liar namun kejadian ini paling menakutkan kerana datang dalam jumlah yang banyak.



Ujarnya lagi, tindakan gajah merosakkan barang-barang pertanian di kebun itu mungkin berpunca daripada ketiadaan makanan kerana bukan musim buah-buahan selain pokok kelapa sawit yang agak tinggi.

“Syukur alhamdulilah, tiada apa-apa yang berlaku pada saya, untuk mengelakkan kejadian berulang saya akan membawa masuk lebih banyak tayar terpakai dan membakarnya sedikit demi sedikit malam nanti,” katanya. K Online

30 ekor gajah datang berkunjung

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai

Johan gosok baju saya – Ozlynn



Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim

Hukum melakukan seks dengan patung (robot)



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker