Hassan tak faham konteks titah Agong – Mujahid

Hassan tak faham konteks titah Agong – Mujahid

Kenyataan YB Pasir Gudang (Hassan Abdul Karim) mengenai titah Yang di-Pertuan Agong: “Jikalau hendak tukar kerajaan tunggulah pilihan raya umum” menimbulkan pelbagai persoalan.

Sultan Ibrahim turut membuat petegasan bahawa baginda tidak akan melayan mana-mana pihak yang mahu menggugat kestabilan kerajaan yang ada.

Titah diraja sememang terbuka untuk dibahas oleh semua ahli parlimen.

Pada masa sama ahli parlimen juga perlu menghormati kuasa yang ada pada Agong untuk mengkritik ahli-ahli politik kerana baginda adalah instituisi yang bebas daripada politik kepartian.

YB Pasir Gudang gagal memahami konteks keseluruhan titah tuanku yang bimbang ketidakstabilan politik akan menjejaskan usaha mendahulukan kebajikan rakyat dan memakmurkan negara.

Apakah YB Pasir Gudang lupa pelbagai peristiwa politik yang berlaku sekitar 2020 seperti Langkah Sheraton yang meninggalkan parut politik menyebabkan rakyat hilang percaya kepada ahli politik dan institusi politik kepartian?

Tidakkah YB Pasir Gudang mengambil pengajaran bahawa di sebalik langkah itu ada keruntuhan moral ahli parlimen yang menjadikan mereka boleh dibeli dengan duit ringgit dan janji pangkat?

Kemudian seusai PRU ke-15 ada lagi cakap-cakap pihak tertentu yang mahu menukar kerajaan sehingga rakyat diheret ke dalam polemik dan tertanya-tanya, berapa lama kerajaan Madani akan bertahan?

Pembangkang hanya sibuk meneka berapa haribulan kerajaan ini akan jatuh dan menggunakan sentimen kaum dan agama terhadap kerajaan perpaduan.

Kerana langkah dan obsesi itu lahirlah akta antilompat parti yang menghalang jalan untuk bertukar kerajaan secara tidak sihat. Semua ahli parlimen bersatu hati meluluskan akta itu dan tercatitlan sejarah konsensus ahli parlimen dalam hal tersebut.

Apakah latar ini cuba dipisahkan dari benak MP Pasir Gudang semasa mengulas titah tuanku tempoh hari?

Mengapa Agong tidak boleh bertitah: “Kalau nak tukar kerajaan tunggulah pilihan raya umum?”

Bukankah baginda bermaksud demikian dari latar ketidakstabilan politik yang berlaku disaksikan oleh seluruh rakyat?

Bukankah Perdana Menteri Anwar Ibrahim menikmati majoriti melebihi dua per tiga?

Apakah YB Pasir Gudang terlalu naif dalam politik?

YB Pasir Gudang ralat dalam kenyataannya bukan kerana titah baginda tidak boleh diberi pandangan oleh ahli parlimen.

Sebaliknya ralat itu adalah kerana naifnya MP Pasir Gudang terhadap realiti dan latar titah Agong dibuat.

Raja kita raja berperlembagaan tapi kiasan raja adalah hikmah yang mendalam. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Mk

Hassan tak faham konteks titah Agong – Mujahid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa jadi dengan Azhar Sulaiman?

Saya tak halalkan – Alif Satar

Marissa pusing 360 darjah – Abby

RM3.5j majlis perkahwinan anak jutawan Bawal Exclusive

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker