Kemungkinan gencatan senjata Gaza diisytiharkan dalam seminggu – Biden

Kemungkinan gencatan senjata Gaza diisytiharkan dalam seminggu – Biden

NEW YORK: Presiden Amerika syarikat (AS), Joe Biden, menaruh harapan tinggi gencatan senjata dapat diisytiharkan di Gaza dalam tempoh seminggu lagi.

Di sebalik krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di wilayah Palestin, wakil dari Mesir, Qatar, AS, Perancis dan negara pengantara lain antara Israel dan Hamas kini berusaha keras menghentikan perang serta membebaskan tebusan ditahan di Gaza.

Persefahaman yang dicapai mungkin merangkumi pertukaran puluhan tebusan dengan ratusan tahanan Palestin di penjara Israel.

Biden, yang dalam rangka lawatan ke New York, ketika ditanya bila perjanjian itu akan bermula, berkata: “Menurut penasihat keselamatan kebangsaan saya, kita sudah hampir mencapainya tetapi belum dimuktamadkan.

“Harapan saya ialah menjelang Isnin minggu depan, kita akan ada gencatan senjata,” katanya.

Menurut Penasihat Keselamatan Kebangsaan Rumah Putih, Jake Sullivan, wakil beberapa kumpulan, tidak termasuk pemimpin Hamas di Gaza, bertemu di Paris, Perancis sejak hujung minggu lalu.

“Mereka mencapai persefahaman mengenai kerangka asas bagaimana rundingan mengenai tebusan dan gencatan senjata akan dilakukan,” katanya kepada CNN.

Selepas pertemuan di Paris, ‘pakar’ Mesir, Qatar dan As mengadakan perjumpaan lanjut di Doha, yang turut disertai wakil Israel dan Hamas, lapor media rasmi kerajan Mesir, dengan harapan memuktamadkan rundingan damai sebelum ketibaan Ramadan.

Sumber Hamas memberitahu AFP bahawa ‘beberapa pindaan’ dicadangkan berhubung isu yang rumit itu tetapi Israel tidak menyatakan sebarang substantif mengenai terma gencatan senjata atau pengunduran dari Semenanjung Gaza.

Pada Isnin, seorang pegawai Israel yang tidek dikenali memberitahu laman berita Ynet bahawa ‘hala tuju (rundingan) adalah positif’ dan media Israel melaporkan, anggota tentera dan pegawai perisikan akan bertemu di Qatar bagi perbincangan lanjut mengenai isu itu.

Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, yang kini menjadi tuan rumah kepada pemimpin Hamas dan membantu rundingan gencatan senjata selama seminggu November lalu, akan berada di Paris minggu ini, menurut pejabat Presiden Perancis.

Sheikh Tamim sudah menemui ketua Hamas, Ismail Haniyeh di Doha dan membincangkan usaha ‘segera mencapai gencatan senjata yang berkekalan’ di Gaza, lapor Agensi Berita Qatar.

Serangan tentera Israel setakat ini mengorbankan hampir 30,000 mangsa di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut pihak kementerian di Gaza.

Perang tercetus pada 7 Oktober lalu selepas pejuang Hamas melakukan serangan mengejut yang mengorbankan 1,160 warga Israel, kebanyakannya orang awam, menurut perkiraan rasmi AFP.

Pejuang Hamas turut menculik 250 tebusan, dengan 130 daripada mereka masih ditahan di Gaza termasuk 31 mangsa yang menurut Israel, kini dianggap sudah maut. BH

Kemungkinan gencatan senjata Gaza diisytiharkan dalam seminggu – Biden

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan biar saya mati macam P Ramlee

Kurma Israel tapi label keluaran Palestin

Dua anak menganggur, ayah 70 tahun kerja rider

Pelukan Abby, Marissa undang sebak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker