Rindu slogan ‘Najib turun, ringgit naik’ – Akmal

Rindu slogan ‘Najib turun, ringgit naik’ – Akmal

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menyindir situasi ekonomi semasa dengan mengaitkan slogan bahawa penyusutan nilai ringgit negara mempunyai kaitan dengan prestasi pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

Muhamad Akmal berkata, beliau rindu dengan slogan tersebut yang mengungkapkan bahawa nilai ringgit akan kembali meningkat jika Najib berundur dari jawatannya sebagai Perdana Menteri.

“Najib turun,ringgit naik. Rindu betul slogan ini,” katanya dalam siaran di Facebook pada Selasa.

Sebelum itu, mata wang tempatan merekodkan prestasi lemah setakat jam 9 pagi Selasa dengan ringgit berkurangan kepada 4.787/7930 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada 4.785/7890 semasa ditutup pada Isnin.

Kali terakhir paras ringgit terendah dicatatkan pada 1998 apabila krisis kewangan Asia menjejaskan mata wang serantau dengan RM4.885 setiap dolar AS. Sinar

Rindu slogan ‘Najib turun, ringgit naik’ – Akmal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lee Chong Wei ‘smash’ pemain lagi

Yasmin Hani masih ‘bergetah’ pada usia 44 tahun

Bekas teman lelaki ugut sebar video seks silam

Jamal Abdillah tarik diri bertanding AJL38

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker