Habis periuk belanga kena curi, Lan Pet Pet sedih

Habis periuk belanga kena curi, Lan Pet Pet sedih

Tak tahu nak cakap macam mana, periuk, belanga, kami nak buat persiapan untuk buat Beriani Paipon semua telah dicuri.

“Terima kasih ya Allah, Kau beri kami kekuatan,” kata pelakon Lan Pet Pet menerusi video yang dimuatkan menerusi Instagramnya.

Ia berikutan persiapan untuknya berniaga di Kulim pada 19 hingga 25 Februari ini terganggu apabila peralatan untuk memasak dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Lan atau Mazlan Ahmad, 54, bagaimanapun berjanji akan tetap berada di karnival makanan terbabit dan menyediakan masakannya kepada pengunjung nanti.

“Saya berdoa kepada Allah SWT permudahkanlah Nasi Paipon Uncle Lan. Orang Kulim, saya janji saya akan tunai tapi kamu tolong berdoa untuk saya dan kru saya.

“Fasal saya sudah buat persediaan untuk orang Kulim tapi Allah uji kami. Doa kamu itu insya Allah, Nasi Beriani Paipon akan sampai ke tangan kamu,” katanya.

Tidak lupa Lan turut memohon doa kepada Allah agar merahmati perniagaan yang dijalankan serta memberikan kekuatan buat mereka berdepan ujian ini.

Di ruangan komen pula, ramai selebriti antaranya Didie Alias dan Yassin Senario serta peminat meminta Lan tabah serta terus dimurahkan rezeki.

Lan ketika dihubungi berkata, kecurian itu membabitkan periuk besar bersaiz 90 sentimeter sebanyak tiga unit yang diletakkan di kedai di Alor Setar, Kedah.

“Kedai tutup kerana saya dan team pergi berniaga di Kuantan. Setiap biji periuk ini satunya berharga RM1,200. Team saya dah buat laporan polis.

“Barang lain yang dicuri ialah motor mesin kacau kuah, kabel dan pelbagai lagi. Anggaran nilai kecurian lebih RM10,000.

“Yang saya ‘down’ sangat, semalam saya nak ambil periuk kerana nak mula berniaga di Kulim hari ini, tengok-tengok periuk semua tiada,” katanya dalam nada sebak. BH

Habis periuk belanga kena curi, Lan Pet Pet sedih

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lee Chong Wei ‘smash’ pemain lagi

Yasmin Hani masih ‘bergetah’ pada usia 44 tahun

Bekas teman lelaki ugut sebar video seks silam

Jamal Abdillah tarik diri bertanding AJL38

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker