Budak maut ditimpa runtuhan dinding

Budak maut ditimpa runtuhan dinding

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun maut selepas ditimpa runtuhan dinding yang sedang dalam binaan dalam satu kejadian di sebuah rumah di Kampung Padang Lalang Besah di Kuala Ketil, Kedah semalam.

Ketua Polis Baling Shamsudin Mamat berkata, kejadian pada jam 10.30 pagi itu berlaku ketika ibu mangsa berada di dapur manakala bapanya bekerja di sebuah kilang berhampiran, lapor Harian Metro.

Katanya, kanak-kanak itu bersama seorang lagi adiknya dilaporkan bermain di satu kawasan dapur yang sedang dalam pembinaan yang dibina bapa mereka.

Shamsudin berkata, tidak lama kemudian, ibunya kemudian terdengar bunyi kuat di kawasan dapur sebelum mendapati mangsa dan adiknya ditimpa runtuhan batu bata dinding.

“Ibu mereka kemudian meminta bantuan daripada jiran untuk menghantar kedua-dua anaknya itu ke Klinik Kesihatan Tawar.

“Namun, sebaik tiba di klinik berkenaan, doktor mengesahkan salah seorang anaknya iaitu mangsa sudah meninggal dunia,” katanya yang menambah seorang lagi mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.

Shamsudin berkata, mayat kanak-kanak itu kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, untuk bedah siasat.

Beliau berkata, polis sudah merakam percakapan ibu bapa kanak-kanak terbabit untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. FMT

Budak maut ditimpa runtuhan dinding

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rafizi yang akan ‘terbakar’ jika terus temberang

Vida geram Marissa jadi penyondol

Kecantikan Marissa bikin ramai cair

Rekod Nasi Kandar Sulaiman pecah lagi, kali ini RM222

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker