Marissa macam dah kena minyak dagu – Michael Ang

Marissa macam dah kena minyak dagu – Michael Ang

“Ini Muka Macam Masih Mintak Duit Mak Bapak!” – Michael Ang Selar Marissa Pilih Aslam Buat Suami, Dikata Seperti Kena ‘Minyak Dagu’

Pengarah dan penerbit drama terkenal, Michael Ang tampil menyelar tindakan lelaki yang didakwa menikahi anak kepada selebriti terkenal Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Hakim.



Dia dalam pada itu turut mengkritik Marissa yang seolah-olah tersilap langkah menjadi isteri nombor dua dalam isu yang hangat diperkatakan itu.

Ujar Michael, jika dia mempunyai wajah secantik Marissa, dia tidak akan berkahwin sebegitu awal dan menjadi ‘penyondol’ dalam rumah tangga orang lain.

Muda-muda cantik-cantik pun nak jadi no 2. Kalau aku la cantik macam tu dan muda lambat lagi nak kahwin awal dan jadi penyondol.

Kalau jantan tu elok dan kaya raya boleh dipertimbangkan, ini muka macam amsih minta duit dari mak bapak lagi!



Tambahnya, Marissa sepatutnya bergelar selebriti atau ‘influencer’ serta menikmati hidup bujang kerana dia mempunyai pakej yang lengkap.

Michael turut menyelar tindakan Aslam yang seperti tidak mempunyai otak dan tidak berhati perut kerana mengajak orang lain bernikah secara sembunyi di luar negara di luar pengetahuan isteri pertamanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Michael Ang malah ada yang memberi contoh pelakon Intan Najuwa yang dikatakan bijak memilih suami.

“I setuju! Kita perempuan kena fikir masak2. Kawin ni bukan nya selalu indah. U tak kan bersama suami u 24 hrs nak becinta, byk tanggungjawab nak kena laksanakan. Lagi2 ada anak. U jaga anak, suami sibuk dgn isteri pertama, entah2 esok ada isteri ke tiga pulak. Fikir2 kan la.” komen seorang netizen.



Marissa macam dah kena minyak dagu – Michael Ang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rafizi yang akan ‘terbakar’ jika terus temberang



Vida geram Marissa jadi penyondol

Kecantikan Marissa bikin ramai cair



Rekod Nasi Kandar Sulaiman pecah lagi, kali ini RM222



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker