Saya letak jawatan, bukan bersara – Raja Mohamed Affandi

Saya letak jawatan, bukan bersara – Raja Mohamed Affandi

Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menjelaskan beliau tidak bersara daripada menjadi Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), sebaliknya meletakkan jawatan.

Beliau berkata, mengikut kontrak, tempoh perkhidmatannya sebagai Pengerusi LTAT akan tamat pada Ogos tahun ini.



Raja Mohamed Affandi dilantik menjadi Pengerusi LTAT pada 3 Ogos 2021, menggantikan Jeneral (B) Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin yang bersara setelah berkhidmat sebagai Pengerusi LTAT sejak Ogos 2018.

“Saya bukan bersara, saya meletakkan jawatan. Dipecat, bersara dan meletakkan jawatan adalah berbeza. Jadi bila kita meletakkan jawatan pasti ada perbezaan,” katanya bagi mengulas mengenai kenyataan media yang dikeluarkan LTAT mengumumkan beliau bersara daripada jawatan Pengerusi LTAT.

Ditanya sama ada isu berkaitan penstrukturan semula dan tadbir urus kumpulan menjadi punca beliau meletakkan jawatan, Raja Mohamed Affandi tidak mengulas secara lanjut, sebaliknya menyatakan adalah perlu untuk memelihara keberadaan institusi LTAT dengan sebaiknya.

Dalam kenyataan media bertarikh 8 Februari 2024, LTAT mengumumkan persaraan Raja Mohamed Affandi daripada jawatan Pengerusi, berkuat kuasa hari itu.



LTAT dalam kenyataan itu berkata, tempoh perkhidmatan Raja Mohamed Affandi, yang bermula pada 2021, ditandai oleh komitmen tidak berbelah bahagi dalam mengukuhkan tadbir urus korporat dana persaraan angkatan tentera itu.

Ia berkata, kepimpinan beliau adalah penting dalam melakar pencapaian bermakna, terutama mendapatkan kelulusan bagi pindaan kepada Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 (Akta 101), yang disasarkan untuk memperkasakan rangka kerja tadbir urus korporat LTAT.

Katanya, di bawah kepimpinan Raja Mohamed Affandi, LTAT memulakan Garis Panduan & Dasar Risiko Pelaburan, kayu ukur penting yang menjamin perlindungan pelaburan LTAT sambil mengoptimumkan profil pulangan-risiko.

Pengumuman yang dibuat LTAT itu dibuat hanya kira-kira seminggu selepas Lembaga Pengarah LTAT mengumumkan pengunduran Ketua Eksekutifnya, Datuk Ahmad Nazim Abd Rahman berkuat kuasa 31 Januari lalu.



Pada 5 Februari lalu, LTAT mengeluarkan kenyataan yang menegaskan ia kekal komited dalam memastikan kemampanan dana jangka panjang selain terus meneroka semua pilihan pelaburan bersama pihak berkepentingan yang berkaitan termasuk badan kawal selia dan Kementerian Pertahanan, seperti yang dimandatkan oleh Akta 101.

Penjelasan itu adalah selepas laporan sebuah portal berita yang mengaitkan pengunduran Ahmad Nazim sebagai tindak balas kepada penangguhan penstrukturan semula Boustead Holdings Bhd. BH

Saya letak jawatan, bukan bersara – Raja Mohamed

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rafizi yang akan ‘terbakar’ jika terus temberang

Vida geram Marissa jadi penyondol



Kecantikan Marissa bikin ramai cair

Rekod Nasi Kandar Sulaiman pecah lagi, kali ini RM222



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker